Alhamdulillah Ya Allah untuk usia yang Kau pinjamkan sehingga ke hari ini.
Lama diri ini 'menghilang' dalam kesesatan, Ya Allah. Jangan tinggalkan daku, insan kerdil lagi hina. Aku masih memerlukan, mengharap perlindungan serta, ingin meraih rasa cinta menikmati kemanisan iman terhadap-Mu Tuhan Semesta Alam. Penuh rasa kasih dan sayang, semoga langkah ini sentiasa lurus bersama insan-insan tersayang menuju ke jalan redha-Mu. Semoga sentiasa diberikan hakikat iman dalam diri dengan kalimah
Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Sebagai permulaan hijrah diri 1443H,
ingin ku titipkan tunggangan akhirat buat diri dan insan yang tersayang,
Semoga istiqomah ke jalan Allah dan diterima setiap amalan.
Labels: forgive yourself, goodbye 2016, happy new year 2017
Alhamdulillah...
Kenyang perut ku ini walaupun makanan yang ku santap tadi semuanya sama rasa. Bukan tak bersyukur tapi positif, bagi meluluskan dua bijik pil selamat ditelan untuk meredakan ledakan di dalam.
Memang sah antibodi aku lemah. Sebab flu ini aku dapat dari baby yang usianya 10 bulan. Dua hari dia demam, aku masih okay. Tapi bangun ja awal pagi tadi, kepala rasa berattt sangat. Lepas tu mula lah bersin tak henti. Suhu dah nak naik tapi aku masih lagi kuat untuk berdiri...
Sebab hari ni dah janji seminggu awal dengan mama, temankan dia ke pasar.
Walaupun imaginasinya tak mudah, kena tunggu bas atau van (ya, kami masih setia guna pengangkutan awam-environmental friendly hihi) dengan kepala pusing serta mucus yang bakal berirama kala sunyi, demi senyuman mama, ku telah memanipulasikan minda dengan berkata, demam selsema ni biasa, aku tak apa-apa.
Jelas terlihat wajah kerisauan beliau apatah lagi dengan hujan yang kian turun dengan lebatnya. Dalam hati aku berdoa, Allahumma soyyiban nafi'a. Hampir dibatalkan rancangan kami tetapi lebih baik bersusah dulu bersenang kemudian kan? Lebih baik gunakan istilah 'esok masih ada' untuk beristirehat.
Alhamdulillah, hampir jam 12, hujan berhenti dan langkah kami dimulakan. Dengan izinNya, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Panjang sangatlah kalau nak diceritakan details kan?
Ajaibnya, sepanjang masa ke pasar tu takda lah pulak pening kepala atau bersin atau rasa panas di dalam. Paling kurang pun ku rasakan penat, sebab kuat berjalan. Hehe. Mungkin sebab mindset aku dah adjust awal-awal supaya jadi positif. Aku pernah baca, aura positif boleh menguatkan sistem imunisasi badan. Yes, exactly!
Satu lagi mungkin sebab niat. Niat nak bahagiakan serta permudahkan urusan seorang ibu, tak nak tangguh tunaikan janji pada ibu, alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.
Alhamdulillah..
Sampai sahaja di rumah, barulah terasa kepenatan serta ledakan haba dari dalam. Suara makin sengau, rahang pipi yang sakit akibat ulser mulut yang kian kembang (tergigit tika melahap nasi ayam mayo) serta kesejukan yang kian memeluk tulang. Terdetik rasa khianat pada sel-sel tubuhku yang sesekali ingin berehat tetapi demi senyuman seorang ibu, alhamdulillah pengorbanan ku berbalas dengan kebahagiaan.
Aku pernah dengar satu usrah, sakit ini bilamana seseorang hamba redha dengan ujian dariNya sambil berkata alhamdulillah tanpa merungut satu pun, sembuhnya nanti Allah gantikan dengan daging atau isi yang lebih baik. MasyaAllah.
Dan sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Bukan itu sahaja, bahkan Allah lebih suka hambaNya yang kuat berusaha. Sambil kita redha, kita juga kena lah ikhtiar.
Dan kerana ikhtiar ku yang gagah makan nasik demi tenaga serta syarat keberkesanan pengambilan ubat, yeayyy~ dah keluar peluh dari tubuh time tulis entry panjang ni sambil duduk di sudut sofa tanpa menghidupkan kipas. Alhamdulillah, kurang rasanya.
Korang tolonglah doakan saya cepat sembuh, ya? :)
Terima kasih, selamat malam!