<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/01567793588238401243" /> <link rel="openid.server" href="https://www.blogger.com/openid-server.g" /> </head> <body>
Journal of a Lover
White Rosa

Shy & soft-hearted mysterious person. Small in size with freckles on cheeks. Always enjoying my solitude time to the fullest. And through this wall, these are my stories, poems, thoughts, dreams and the other half of me... :')


”In the name of Him who taught the soul to think, and kindled the heart's lamp with the light of soul.”

~Sheikh Mahmoud Shabestari


Time Machine




people(s) currently viewing


Enjoy your stay here
and
have a very calm leisure time!

Love Notes



Daily Reads







Credits

Layout made by RISKADPERTIWI. Image from thefadingnight, fine and Lili. Anything in my blog is Copyrighted © 2014 by me.

MFC


***
Best View at Google Chrome
***


It's the Time to ...
Posted on December 31, 2016 // 10:11 PM // 0 comment(s) // add a comment

"It's time to forgive yourself for the things you got wrong in 2016,
Forgive yourself for trusting the wrong person.You couldn’t have predicted the future and you owed it to yourself to take a leap of faith.
Forgive yourself for choosing the wrong path. Every decision you made was exactly what you needed at the time.
Forgive yourself for the risks you didn’t take. There will always be chances to start over, and next time you’ll be ready to take them.
Forgive yourself for the times you weren’t there for yourself. You’ve learned how to love yourself better and it’s something you’ll always be re-learning.
Forgive yourself for what you did not live up to. The strides you took forward matter greatly, even if you didn’t reach the final destination.
Forgive yourself for what you never saw coming, that hit you like a ton of bricks. You couldn’t have predicted the future. And what matters most is how you heal from those unexpected heartbreaks.

It’s time to let go of every pain and every disappointment you walked into in 2016.
You got here anyway.
You made it through twelve long months anyway.
You arrived at the end of the year, on the heels of a chance to start all over.
You get to bury each mistake with the end of this year.
You get to turn a new page with the new one.

You’ll live better in 2017. You’ll fail better in 2017. You’ll make a whole new batch of mistakes in the year to come, but you’ll know how to forgive yourself, this time.
And as long as you are able to do so, there’s not a single mistake you can make that will defeat you."



—@heidipriebe via @thoughtcatalog
book: The First New Universe

Labels: , ,




Alhamdulillah :)
Posted on February 25, 2016 // 12:14 AM // 0 comment(s) // add a comment

Syukur...

Sejak dua menjak nie hati rasa tenang sangat. Kalau diikutkan, memang aku sepatutnya resah memikirkan cerita yang sama tiada berkesudahan. Tapi... aku tenang saja. Tak mengapakah?

Tenang itu terletak pada hati.

Sebanyak mana kita yakin pada ketentuan Dia yang menentukan segalanya. Rezeki dari Allah SWT, dan kena ingat, rezeki bukan sahaja dari segi kewangan, malah termasuklah kebahgiaan, kesihatan serta kebebasan yang kita kecapi hari ini.

Aku rasa dah lebih dari cukup :)

Walaupun perjalanan hidup ku ini tampak perlahan pergerakannya, tak semestinya aku kena paksa diri jadi laju macam mereka yang lain. Ukur baju di badan sendiri la...apa pun, slow slow. Sikit sikit tingkatkan kelajuan. Upgrade diri. Redha sahaja tak cukup. Kena ada usaha. Hihihi.

Satu lagi ikhlas. Dari situ aku perlahan-lahan dapat rasa nikmat ketenangan. Dari tak suka jadi suka. Dari penat jadi biasa. Dari terpaksa jadi hobi. Lama-kelamaan, perkataan mengeluh itu diganti dengan kalimah Alhamdulillah tiap kali habis mengerjakan.

Betapa luar biasa nikmatnya tika melafazkan kalimah itu, hanya Dia yang tahu...

Terima kasih Allah :)




Sakit, Penghapus Dosa
Posted on January 24, 2016 // 12:24 AM // 0 comment(s) // add a comment

Alhamdulillah...

Kenyang perut ku ini walaupun makanan yang ku santap tadi semuanya sama rasa. Bukan tak bersyukur tapi positif, bagi meluluskan dua bijik pil selamat ditelan untuk meredakan ledakan di dalam.

Memang sah antibodi aku lemah. Sebab flu ini aku dapat dari baby yang usianya 10 bulan. Dua hari dia demam, aku masih okay. Tapi bangun ja awal pagi tadi, kepala rasa berattt sangat. Lepas tu mula lah bersin tak henti. Suhu dah nak naik tapi aku masih lagi kuat untuk berdiri...

Sebab hari ni dah janji seminggu awal dengan mama, temankan dia ke pasar.

Walaupun imaginasinya tak mudah, kena tunggu bas atau van (ya, kami masih setia guna pengangkutan awam-environmental friendly hihi) dengan kepala pusing serta mucus yang bakal berirama kala sunyi, demi senyuman mama, ku telah memanipulasikan minda dengan berkata, demam selsema ni biasa, aku tak apa-apa.

Jelas terlihat wajah kerisauan beliau apatah lagi dengan hujan yang kian turun dengan lebatnya. Dalam hati aku berdoa, Allahumma soyyiban nafi'a. Hampir dibatalkan rancangan kami tetapi lebih baik bersusah dulu bersenang kemudian kan? Lebih baik gunakan istilah 'esok masih ada' untuk beristirehat.

Alhamdulillah, hampir jam 12, hujan berhenti dan langkah kami dimulakan. Dengan izinNya, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Panjang sangatlah kalau nak diceritakan details kan?

Ajaibnya, sepanjang masa ke pasar tu takda lah pulak pening kepala atau bersin atau rasa panas di dalam. Paling kurang pun ku rasakan penat, sebab kuat berjalan. Hehe. Mungkin sebab mindset aku dah adjust awal-awal supaya jadi positif. Aku pernah baca, aura positif boleh menguatkan sistem imunisasi badan. Yes, exactly!

Satu lagi mungkin sebab niat. Niat nak bahagiakan serta permudahkan urusan seorang ibu, tak nak tangguh tunaikan janji pada ibu, alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Alhamdulillah..

Sampai sahaja di rumah, barulah terasa kepenatan serta ledakan haba dari dalam. Suara makin sengau, rahang pipi yang sakit akibat ulser mulut yang kian kembang (tergigit tika melahap nasi ayam mayo) serta kesejukan yang kian memeluk tulang. Terdetik rasa khianat pada sel-sel tubuhku yang sesekali ingin berehat tetapi demi senyuman seorang ibu, alhamdulillah pengorbanan ku berbalas dengan kebahagiaan.

Aku pernah dengar satu usrah, sakit ini bilamana seseorang hamba redha dengan ujian dariNya sambil berkata alhamdulillah tanpa merungut satu pun, sembuhnya nanti Allah gantikan dengan daging atau isi yang lebih baik. MasyaAllah.

Dan sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Bukan itu sahaja, bahkan Allah lebih suka hambaNya yang kuat berusaha. Sambil kita redha, kita juga kena lah ikhtiar.

Dan kerana ikhtiar ku yang gagah makan nasik demi tenaga serta syarat keberkesanan pengambilan ubat, yeayyy~ dah keluar peluh dari tubuh time tulis entry panjang ni sambil duduk di sudut sofa tanpa menghidupkan kipas. Alhamdulillah, kurang rasanya.

Korang tolonglah doakan saya cepat sembuh, ya? :)

Terima kasih, selamat malam!




Educateur's Diary : Facing Fear
Posted on August 18, 2015 // 2:27 AM // 0 comment(s) // add a comment


Educateur?

Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi guru tapi.. aku takut. Takut kalau kalau tak dapat handle students, handle problems dan yang penting sekali handle emosi diri sendiri. Sebab aku bukanlah jenis keras- tak sampai hati nak marah atau menjerit pada yang mereka yang bertelinga kebal apatah lagi nak tangan-tangankan anak orang.

Faham, kan maksud telinga kebal?

Ok, #throwback 2003. Waktu tu, aku bersama sorang lagi kawanku ditugaskan untuk jaga kelas budak darjah satu ketika para guru bermesyuarat. Aku dikira super senior la, budak darjah enam, tapi masih mentah hahaha dengan watak ku yang pasif. Masuk ja, kelas tu saaaangat bising, dengan bilangan murid yang ramai. Aku geram tapi aku kaku. Bermain di fikiran, aku nak marah, aku nak jerit, sukar. Aku tau dengan suara ku yang halus, tidak kedengaran, tenggelam barangkali. Nasib baik ada Tiara, sebesar tubuhku tetapi dia lah yang lantang bersuara, menjerit katakan diam. Lalu budak-budak segera terdiam. Tetapi, biasalah... semua tu hanya sementara.

Tapi aku masih pujuk diri. Mungkin budak sekolah menengah masih okay lagi. Then bila dah masuk sekolah menengah, dahsyatnya students perempuan tarik rambut lepas sekolah, gangster, ponteng, buli dan banyak lagi. Besar. Saaaangat besar tanggungjawab seorang guru.

Aku surrender.

Tetapi, siapa sangka aku pernah dipanggil dengan panggilan cikgu? Ya! Nantikan kesinambungannya :) Selamat malam.


*maaf, daripada mata yang kian layu*



Of Photograph and Ed Sheeran
Posted on July 12, 2015 // 12:55 AM // 0 comment(s) // add a comment

Assalamualaikum :)

Tak lama lagi, tamatlah karier ku sebagai... hmm.
Tinggal seminggu lebih tapi dah mula rasa sebak, pilu, rindu.

So here I am,
nak share lagu faveret terkini iaitu
PHOTOGRAPH
I peminat setia Ed Sheeran just because of his special charm yang mana I sendiri tak tahu camna nak describe and it blooms naturally since the first time dengar lagu Lego House til' today.

After watching mv for lagu ni, honestly mata ku bergenang.
It made me fall in love with Ed even more and more.

Why?


His journey from his childhood memories til today.
As for the reason why, I wrote this entry. Also as the main reason why I'm still blogging, sharing my stories til now.
So thank you very much, Ed Sheeran for each of your great music and wonderful songs and inspiring me by sharing this beautiful video.

Good night, Earthlings.
:')







Past