Muhasabah Diri ...
February 23, 2013 ♥ 11:45 PM │
Penat memikirkan...dewasa kah kita? Jika....
Sering mengharapkan bantuan orang lain.
Selalu menyindir apabila marahkan seseorang.
Pamerkan kesalahan seseorang pada kesemua pihak.
Menyalahkan orang lain atau kebenaran.
Tak dapat menerima nasihat orang lain.
Memutuskan hubungan, tidak memaafkan.
Melenting, mencaci, menghina....
Tepuk dada sendiri, dan tanya dewasa kah kita?
Kenapa sering berputus asa,
Kenapa terlalu cepat melenting,
Kenapa sangat berkeras hati,
Kenapa tidak mahu mengalah,
Kenapa ego itu sangat tinggi,
Kenapa tidak memaafkan,
Kenapa tidak meminta maaf,
Kenapa....?
Pernahkan bertanya pada diri sendiri....
Mengapa hidupku masih begini,
Mengapa aku masih di takuk yang lama,
Mengapa aku dipersalahkan,
Mengapa aku marah bila di tegur,
Mengapa aku berkecil hati apabila dinasihati,
Mengapa aku merasa aku sahaja yang betul,
Mengapa terlalu sukar bagi ku untuk menerima kesalahan,
Mengapa aku tidak berpuas hati,
Mengapa aku tidak memafkan,
Mengapa....?
Dan kenapa mereka bersikap begitu....
Apa yang mereka fikirkan tentang diri ku,
Apa kesalahan ku,
Apa kekurangan ku,
Apa yang telah aku lafazkan kepada mereka,
Apa yang telah aku lakukan,
Apa yang membebani mereka,
Apa yang membahagiakan mereka,
Apa yang memuaskan hati mereka,
Apa yang mereka mahu,
Apa yang perlu aku lakukan ...?
Positifkan diri, renung sekeliling bertanya dan berkata lagi...
Di mana jalan penyelesaian,
Ke mana arah tujuan,
Bagaimana untuk memulakan,
Sediakan perancangan,
Perbetulkan kesilapan,
Fahami perbezaan,
Terima pendapat,
Cuba sesuaikan diri,
Akui kelemahan diri,
Ikhlas memaafkan,
Berikan senyuman,
Hulurkan salam persahabatan.
Akal kita, gunakan sebaiknya. Muhasabah diri. Sentiasa berfikir dan bertanya. Cari dan usaha ke arah jalan kebaikan, tak ada siapa pun yang sukakan permusuhan, tak ada siapa pun suka diganggu, dipinggir, dibenci dan dicaci. Setiap perbuatan ada sebabnya. Jika berselisih faham, bincanglah sebaiknya dengan pihak yang berkenaan. Bukan di facebook, twitter mahupun di sini. Sejuta mata yang membaca dan beribu mulut yang berbicara, anda yang bertanggungjawab sepenuhnya. Fikir sebelum bertindak. Dalam menjaga hati sendiri, jagalah juga hati orang di sekeliling anda. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Ikhlaskan diri dan sentiasa bersabar. Positifkan diri, perancangan Allah itu adalah yang terbaik!
*peringatan keras juga untuk diri sendiri. Selamat malam. :')
OLDER POST | NEWER POST