Photobucket
Sonnet of Love 💕
click on the dropdown menu to navigate through this blog

Not Just A Song
February 17, 2013 ♥ 1:13 AM │ (0) angels

Rasa rindu menusuk di jiwa. Terus layan lagu blues, nyanyi sorang-sorang, reply mesej  si dia sambil senyum-senyum. Happy sangat.  Sebelum kuliah nak bermula, iaitu isnin nanti, banyak pulak masa terluang. Buang masa kah? Haha. Tak kot. Hmm.. mungkin jugak. Sekarang pun tak tau nak buat apa, so borak-borak kat sini kejap. Prinsip yang dipegang dari dulu sampai sekarang, kalau cuti, cuti. Kalau study, study. Kalau berjiwang? Haa... tak tau. Takla jiwang karat. Masuk angin jak. Hihii... 

“Dia ni jiwang, suka layan lagu jiwang-jiwang.”

“Sentimental awak ni, ayat pun boleh tahan bunga-bunganya.”

Actually, it comes naturally. Setiap perkara yang saya lakukan datang dari hati. Setiap apa yang didengar dan lihat, dinilai melalui satu perasaan yang sangat dalam (keluar dah ayat tuu..hihi..). Contohnya, kalau dengar lagu tu, saya akan teliti liriknya terlebih dahulu, dan lepas tu barulah alunan iramanya, jika sedap didengar, jiwa pun rasa tenang, lagu itulah yang akan menjadi kesukaan. Saya suka lagu soft, rasa tenang bila dengar. So kalau stress, saya layan lagu tu sambil nyanyi bersama. Beban yang berat pun rasa ringan dan sebab tu ada orang cakap, kalau nak hilangkan stress, pergilah karaoke. Pada masa karaoke tu awak akan pilih lagu yang awak suka dan nyanyi sepenuh hati kan?..

For me, a song is NOT JUST A SONG. Kalau happy, dengar lagu happy, kalau rindu, dengar lagu rindu, kalau frust, lagu sedih je...kot. Kadang-kadang, tengah happy pun boleh menangis, sebab terlalu mendalami erti sesebuah lagu tu. Tersentuh sangat. Apatah lagi kalau tengah bersedih. Kadang-kadang jugak, ada masanya hati sangat keliru dengan perasaan sendiri, jadi melalui lagu, saya dapat tahu saya tengah bersedih atau tidak. Masih mencintai atau sudah beralih ke hadapan. Cinta??? Hahaha.. Ingat lagi suatu ketika dulu, masa frust, layan sangat lagu-lagu sedih sampaikan kawan tegur, jangan dengar lagu sedih lagi, sebab tu tak dapat nak move on dan buat diri semakin mengharap. Mulut cakap dah move on, tapi sebenarnya tidak. Sampailah ke suatu tahap ni, bila hati dah sangat yakin sudah melupakan, suatu hari seorang insan ni tujukan lagu “Someone Like You” by Adele untuk saya dengar dan fahami. Saya menangis. Menangis sebab masih tak dapat lupakan dia. 

“Move on lah, awak akan jumpa yang lebih baik daripada yang sebelum ni.”

Terima kasih sangat kat sahabat saya itu. Sejak tu saya happy balik tanpa perlu menunggu si dia dan Adele menjadi salah seorang artis yang saya kagumi. And yes, her songs were written based on her experiences. Feel sangat kan, sampai menangis? Sebenarnya, semua tu lahir dari hati dan perasaan. Orang cakap, jangan layan sangat. So, bersederhanalah. Jangan biarkan air mata menghapuskan senyuman manis mu. Kadang-kadang, lidah kelu berkata-kata, so let the song speaks. Dan melalui lagu juga kita dapat mencipta kenangan indah bersama seseorang.

Cuma dinasihatkan, jangan sampai terlalu leka dan fanatik dengan dunia muzik ni, cukuplah untuk menghibur hati dan menceriakan suasana. Setenang-tenang cara adalah mendekatkan diri kepada Tuhan. Lagu nasyid pun banyak yang saya suka, terutamanya dari kumpulan UNIC dan In-Team. Tak ketinggalan jugak Maher Zain. Sangat-sangat tenang. Time study, headphone atau earphone wajib ada kat telinga, dengar lagu nasyid sambil study, cepat masuk. Walaupun ada kajian yang mengatakan tak digalakkan dengar lagu ketika study, saya endahkan. Sebab kalau tak dengar lagu, makin lama makin blur. Cukuplah lagu tu sekadar membisik di telinga, berbicara di hati. Nak lebih tenang dan lebih baik, baca dan dengar ayat-ayat Al-Quran

Ayat-ayat Allah SWT lebih indah dari segalanya. 
SubhanAllah. :’)

Untuk semua sahabat saya, saya tujukan lagu "Sahabat" daripada kumpulan Hawary, tak kira di mana jua kamu berada. Saya sayang awak semua and I miss u so much. InsyaAllah, bila sampai waktunya, kita akan berjumpa lagi. Dan "Mahligai Kasih" itu, hanya untuk seseorang yang benar-benar tahu menghargainya dan orang itu adalah awak, yang sentiasa ada di dalam hati saya pada masa ini dan InsyaAllah, selama-lamanya. 

Itu saja untuk kali ini, coretan daripada hati insan yang kerdil. 
Assalamualaikum dan selamat malam, :')

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Soft and Delicate, with Thorns
meet the big beauty boss

I am Rosa (not my real name) and this is my secret blog.

In this beautiful space is all about my love journey with my loved ones. People will forget but memories, stays forever in our mind, close to our heart.

I'm just a little girl who loves to dream something big and beautiful.

And love is, sincerity.
I love my husband very much.

Lillahi Ta'ala.
Sweet Memories
The moment always created for us to be grateful for the rest of our lives.

Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend
Credits
Facebook nurul ain
Twitter nurul ain
Tumblr nurul ain
Blogskin nurul ain
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by nurul ain
Icons from reviviscent
Resources: sea shells
Not Just A Song
February 17, 2013 ★ 1:13 AM │ (0) angels