Positif atau Negatif ???
February 06, 2013 ♥ 11:33 PM │
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu malam tu, tengah duduk lepak-lepak dengan family depan tv, seperti biasa kami tengok satu rancangan khas bersama tokoh agama yang hebat iaitu
Dr Zakir Naik. “Tonight with Dr Zakir Naik”, TV Al-Hijrah, sesi soal jawab beliau tentang persamaan dan perbezaan agama Islam dan agama Hindu. Sedang khusyuk dan teruja mendengar kehebatan beliau menjawab segala pertanyaan, persoalan yang dicari selama ini terjawab ketika mendengar ulasan daripada beliau apabila salah seorang pelajar bukan Islam bertanya;
“In our difference religions, why don’t we just take all the positives and live peacefully?”
Dan dengan ringkasnya Dr Zakir Naik menjawab dengan senyuman,
“If we just take all the positives and throw away all those negatives, who will give the best judges for the whole humanity?”
Menurut contoh Dr Zakir, bagi orang Barat, cara pemakaian yang singkat masih lagi di anggap sopan, tetapi bagi penduduk India, saree adalah yang terbaik. Jika masing-masing mengatakan cara mereka adalah betul dan yang lain adalah salah, siapa yang akan memberitahu yang mana lebih positif dan terbaik untuk SELURUH MANUSIA?
SubhanAllah, sesungguhnya Islam itu bersifat menyeluruh.
Selama ini kita asyik memikirkan, kenapa sesetengah orang tidak boleh menerima dan sering memperlekehkan cara kita untuk berbuat sesuatu kebaikan demi semua pihak sedangkan niat hati sememangnya ikhlas dan tak terselindung satu niat jahat sekalipun. Hanya tujuan yang BAIK. Tetapi ia seringkali berakhir dengan perbalahan. Kenapa yang lain boleh faham dan terima sedangkan yang selebihnya tidak? KENAPA?
Ok, sekali lagi,...
“If we just take all the positives and throw away all those negatives, who will give the best judges for the whole humanity?”
Apa yang saya fahami, pengertian di sebalik kata-kata beliau ni bukan setakat menyentuh soal agama semata-semata tapi juga boleh dinilai secara UMUM, iaitu dalam kehidupan seharian kita SEMUA. YA. Siapa lagi? Bukan bermaksud nak mencari bukti ke atas sesuatu kesalahan atau mempertikaikan benda yang sudah lama di anggap negatif, tapi persoalannya di sini adalah bagaimana akal kita mampu berfikir untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dan sejauh mana kita mampu menilai, meneliti, merujuk, membicarakan serta menerima pendapat setiap manusia yang berbeza-beza dengan hati yang terbuka.
Sebagai contoh, pergaduhan antara dua pihak. Apabila perasaan marah menguasai diri, masing-masing datang dengan hujah sendiri, penuh keyakinan dan ego, serta tanpa rasa ingin mengalah sekalipun. Masing-masing keras kepala dan berdebat bahawa pihak mereka lebih betul. Tapi, SAMPAI BILA? Sedangkan punca ia berlaku hanya disebabkan oleh sedikit salah faham atau berbeza pendapat.
Kenapa hal ini berterusan? Antara faktor utama yang menghalang kedamaian tercapai adalah;
EGO. Sesetengah orang mempunyai sifat yang tidak dapat menerima pendapat orang lain dan tidak mahu mengalah. Tanpa menilai pendapat pihak yang lain, mereka akan berusaha mempertahankan hujah sendiri dan apabila kedua-dua pihak tidak mahu mengalah, akhirnya salah faham yang kecil telah menjadi besar.
MARAH. Siapa yang tak pernah marah? Apabila marah, kesabaran hilang, hati menjadi geram, setiap kata-kata marah atau kesat akan keluar dari emosi, bukan akal fikiran. Dan ketika ini, apa saja akan dihujahkan termasuk menghina atau memperlekehkan pihak lawan. Akhirnya niat yang baik akan menyimpang. Baik tapi kedua-duanya saling menghina.
PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Kadang-kadang kita terlalu takut untuk dipermainkan sehingga kita mengehadkan diri sendiri untuk menerima pendapat atau nasihat orang lain. Oleh itu, kita selalu bersangka buruk pada awalnya. Mungkin di bibir berkata positif, tapi disebaliknya? Dan tentulah sifat ini tidak mahu mengalah atau sering mempersoalkan keadaan sekeliling. Kenapa? Kerana merasa sukar untuk menerima sesuatu dugaan dan terasa diancam.
Menurut Prof. Dr. M. Quraish S., ayat ini dan segi redaksional ditujukan kepada Nabi Muhammad saw agar memusyawarahkan persoalan-persoalan tertentu dengan sahabat atau anggota masyarakatnya. Dan beliau berpendapat, seperti yang akan dijelaskan lebih jauh, ayat ini juga merupakan petunjuk kepada setiap Muslim, khususnya kepada setiap pemimpin, agar bermusyawarah dengan anggota-anggotanya.
Beliau menjelaskan lagi, pada ayat itu disebutkan tiga sikap yang secara berurutan diperintahkan kepada Muhammad saw untuk beliau lakukan sebelum datangnya perintah bermusyawarah. Iaitu, pertama, bersikap lemah lembut dalam perbicaraan, kedua, memberi kemaafan serta membuka lembaran baru dan ketiga, tawakal iaitu berserah diri kepada Allah SWT serta memohon maghfirah dan ampunan Ilahi.
Imam Ja'far Ash-Shadiq juga berpesan;
Kadang-kadang, kita perlu banyak menilai sesuatu yang kita anggap betul mahupun salah. Tak semestinya apa yang kita fikir semuanya tepat dan tak semestinya apa yang mereka katakan adalah salah. Manusia dilahirkan dengan latar belakang yang berbeza, datang dari kelompok yang berbeza, serta adat yang berbeza, sudah tentu masing-masing mempunyai sifat dan tahap pemikiran yang berbeza. Tapi, kita dikurniakan akal yang sama, untuk membezakan yang baik dan buruk, bukan untuk diri sendiri sahaja malah orang sekeliling kita, bahkan juga untuk seluruh umat manusia di dunia.
Kita juga dikurniakan HATI. Jika rosak hati seseorang itu, maka rosaklah seluruhnya. Maka, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Sentiasa memaafkan dan menerima setiap dugaan yang datang, kerana semua ini pasti ada hikmah sebaliknya. Selalu berfikiran terbuka dan berpandangan jauh, InsyaAllah minda kita akan jadi lebih positif dalam apa jua situasi menuju kejayaan dunia dan akhirat. Wujudkan sifat kasih dan sayang sesama manusia, BUKAN hanya terhadap pasangan semata-mata tetapi juga keluarga, sahabat mahupun yang bakal hadir serta yang telah pergi dari hidup kita. Biarpun tidak saling mengenali, tetapi kita secara fitrahnya saling memerlukan. Mungkin bukan sekarang tapi mungkin pada masa hadapan. Kerana kita semua adalah berSAUDARA...
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. SubhanAllah. :)
Semoga dapat dimanfaatkan ilmu yang datang dari Allah, dan jika terdapat kekurangan serta mengguris hati sesiapa dalam penulisan ini, maafkan saya. Saya masih dalam proses pembaikan diri dan sedang mendalami ilmu agama saya. Sekian. Wassalam. Selamat malam! :')
"Could we change our attitude, we should not only see life differently, but life itself would come to be different."
~Katherine Mansfield
OLDER POST | NEWER POST