Photobucket
Sonnet of Love 💕
♥click on the dropdown menu to navigate through this blog

Puzzles of 2012 .
February 04, 2013 ♥ 1:20 AM │ (0) angels

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari ini dah masuk hari keempat dalam bulan Februari.. Bulan Januari berlalu tanpa disedari, study week, final exams yang straight lima hari berturut-turut. Semua CORE. HAHA. Siapa tak STRESS? Tapi bahagianya sem kali ni, tak terasa pun tekanan tu, ada exam esok dan esok dan esoknya lagi, masih lagi mampu ketawa dengan housemates yang ceria. Sebelum masuk dewan peperiksaan pun, sempat lagi ketawa dengan coursemates. PLUS, ada si dia yang selalu memberi sokongan. Sayang korang.. :)

Dah tu cuti la pulak. Kawan-kawan busy masuk keluar lab buat fyp, tapi saya ni senang-lenang cuti sakan kat rumah. Senang ke? HAHA tak lah! Risau jugak dengan fyp tu. Pastu tolong jaga budak comel and of course, tolong mama buat kerja rumah and and and..rumah kena renovate, so kena pindahkan barang ni, barang tu. Bak kata mama, yang perempuan dah jadik cam laki. Tak lama lagi ada muscle. Hihi. Takpa, hubungan kekeluargaan tu lagi penting. Penat ke tak, tu belakang cerita. Hmm. Btw, Alhamdulillah untuk bulan pertama 2013 yang sangat bahagia. :D

Dream of Echi - Echi Illustrations (Wallcoo.net)

Tahun 2012. Banyak jugak perkara pahit manis nak di kenang. Hmm..nak gelar tahun apa ea.. HAHA. Lambat sangat nak fikir. Tahun 2012, setelah setahun lebih menangis, bersabar dan menunggu cinta yang berasal daripada cinta monyet sejak tahun 2007, saya totally moved on from the past dengan bantuan sahabat-sahabat dan jugak si dia yang bergelar CRUSH. Hoho. Tapi tapi tapi…dia hanyalah teman biasa. Sahabat baik suka duka saya sampai sekarang. :’) Tahun tu jugak pertama kali ekot trip bersama sahabat sehati sejiwa pergi lawat pesta benak kat Sri Aman. BEST! Time tu jugak, rapat dengan sorang kawan kepada kawan ni, budak mechy. Sejak tu, makin rapat & rapat, hinggalah dia lamar tuk jadi gf dia time cuti Hari Pekerja. Dulu cakap kat dia, setiap kali nak sambut anniversary tu, tak yah susah-susah sebab memang cuti. Haha. Tapi tak kekal lama. Dua bulan sahaja. Terpaksa melepaskan dia atas sebab sesuatu yang memang tak dapat lagi dah nak teruskan untuk pertahankan hubungan ni. Hmm. Kali ni dah dewasa sikit, dah leh fikir masak-masak tak macam yang sebelum ni. So tak la sedih sangat. Masa tu jugak baru lepas seminggu praktikal start.

Mula-mula melapor tu, sunyi. Tak da teman. Tapi Alhamdulillah, lepas seminggu dah mula rapat dengan student praktikal kat situ, Penny dari UMP, Marina dan Mariana dari UMS and sorang lagi Lia dari UNIMAS jugak, dia masuk lewat sebab sakit. Dapat pulak supervisor yang sporting and comel, berkenalan dengan semua research officer yang boleh tahan macho, sangat hensem, cool and cantik. Dan research assistance yang peramah, caring and lucu. Projek menternak algae, tu la yang saya buat selama dua bulan. Habis buat kerja, tolong kawan lain pulak buat projek diaorang, or lepak sama-sama, gosip-gosip, layan drama OR layan webcam! SEMPAT! Sorok-sorok jugakla sebenarnya. Haha. Tetiba rindu kat mereka. Huhu. Keistimewaan praktikal kat tempat tu, bila buat eksperimen tu, semua lab dah jadi macam lab sendiri. Ada banyak chemicals, apparatus, amik-amik je. Lepas pakai cuci-cuci sendiri. Esoknya susun-susun lagi. Tapi kalau kerja dah habis, jadi tak da kerja. Menunggu jam kat dinding tu menunjukkan pukul 5 petang. Selalunya, 4:30 dah ready kemas dan hantar result kat sv. Terbaik :D

Habis praktikal, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya tahun ni, dari raya pertama hingga keenam, tak duk rumah. Selain pergi rumah saudara, pergi rumah kawan-kawan; geng MRSM, UNIMAS dan praktikal. Jalan-jalan dengan sv dan tiga lagi rakan praktikal. Pegi rumah staf tempat praktikal, balik-balik, dapat angpau dan kek cheese. YUMMY! Thanks, Abang Syukrie; the most caring research assistance kat situ. Lepas raya, masuk sem baru. Rumah sewa baru. Suasana baru. Kehidupan baru. Penat lelah tunggu, kejar,naik turun bas, mengajar erti lebih berdikari. Awal sem je, ada sorang kawan ni beri hadiah. Earphone bentuk kepala mashimaro. Sangat comel. Hihi. Sweet gift from a sweet friend. Sem ni jugak, sangat busy dengan proposal fyp, pembentangan lagi, subjek core killer dasyat habis, kecuali Food Biotech je. Mmmm..sebab dia food…? MAYBE. Dan, sem ni jugak, someone ni yang dah lama tak contact, hampir enam tahun lamanya dah kot, tetiba chat pada satu malam ni. Tak sangka dia masih ingat. Huhu terharu sangat-sangat. Sejak tu kami rapat dan sampailah sekarang. Hihihihihi…

Hoho. Cerita pulak tentang event khas tahun 2012 ni, dengan bersungguh-sungguh, nak dapatkan pass pegi HitzFM Kuching Birthday Invasion pada 2 November semata-mata nak tengok GREYSON CHANCE. Awww…kiut budak ni. Tak kisah la orang ramai ke tak yang penting dapat tengok dia depan mata.

The Poster
Greyson in Kuching (Source from Hitz.fm instagram)

Lepas event tu, pada 1 Disember, berusaha pulak nak dapatkan pass untuk pergi tengok Anugerah Carta Borneo ERA. Tapi terlambat tau, nasib baik kawan ada banyak pass extra. Yehuu! Dapat tengok PASHA UNGU secara live. Walaupun hujan yang sekejap renyai sekejap lebat masa tu, tak menghalang diri daripada nak tengok Pasha perform. Makin hujan makinla layan. Lagu dia pun jiwang. Lagu favourite semua tu. HIHI. Especially, Tercipta Untukku, Cinta Dalam Hati & Kekasih Gelapku. Ikut nyanyi sekali sampai rasa nak nangis. Sebak. Entah. Rindu someone kot. Hmm, rindu? Siapa? Heheee.

Time Pasha perform (ERA.fm)

Pada 16 November, saya kehilangan rabbit yang sangat disayangi. Huhu. Mungkin dia sakit . Sebab sehari sebelum tu dia tak ada selera makan dan cirit-birit. Hati saya pulak entah kenapa macam merajuk kat dia, sebab biasanya kalau di hulurkan tangan, dia tau-tau nak rendahkan kepala nak bagi saya belai-belai dia. Tapi kali ni tak, dia gigit. Pertama kali dia gigit. Hati jadi pilu, esoknya pulak dia pergi. Sehari-hari tak da mood. Nangis, pergi je kat pintu belakang, toleh-toleh cari dia. Sedih. Hanya Allah saja yang tahu. Apatah lagi sendiri yang tanamkan jasad tu. Huhu. Semoga bahagia di samping-Nya, sayang. :'(

Mummy miss u :'( (23/07/11-16/11/12)

Bulan Disember, macam biasa, bulan kebahagiaan. Sebab nak tua. Eh tak, meningkat usia. Haha. Pada 12 Disember 2012 (12.12.12) pos something untuk kawan yang berada di Johor. Actually pos hadiah, birthday dia beberapa hari lepas tu tapi nak pos awal takut lambat sampai atau ada urusan yang menghalang nak pegi pos tu. Sekali tengok, esoknya barang tu dah sampai. Mana tak nya, Pos Laju tu. Haishh.. Surprise la jugak tapi awal sangat. Haha. Tapi tak kesahla, asalkan dah sampai kat tangan dia. Semalaman tak tidur membungkus hadiah tu. Bukan stakat membungkus, nak tulis-tulis lagi. Lepas pos, esoknya, mesej-mesej dengan dia lepas dia habis kelas. Masa tu mood dia macam tak bagus. Bila dia cakap dah sampai rumah, belum sempat nak reply, datang lagi satu mesej, dia sangat terharu dan ucap terima kasih sangat-sangat. Diri pun blurr. Kenapa? Rupanya dah sampai. Hihi. Melihat proses perubahan mood dia tu dah cukup membahagiakan. Moody jadi happy. Hehe. Semoga berbahagia selalu awak kat sana. :’)

Tiba masanya pulak, birthday sendiri iaitu pada hari Jumaat terakhir 2012. Masa tu study week. Of course la balik rumah sambut dengan family. Family sambut secara kecil-kecilan, BBQ and kek birthday yang sedap! Tiup lilin depan budak-budak kecik. Haha. Maluuu tapi yeay, makan! Secara rasminya, saya berumur 21 tahun. Oh, yang lain dah nak masuk 22 tahun tapi saya? Awet muda. Kihkihkihh.. Kawan pulak ajak keluar, dia belanja McD, sebelum tu kami pergi karaoke. Akhirnya lepas juga niat di dada nak pegi karaoke setelah lama menyimpan suara. Semuanya bahagia! Esoknya pulak, kawan MRSM ajak lepak makan. Ha’ah, makan makan & makan. Menggumukkan diri…. :p

Finally, hari terakhir 2012. Kawan ajak keluar, tapi tak dapat join sebab nak siapkan assignment. Tepat jam 12 tengah malam, dapat satu mesej dari kawan kat Johor. Disebabkan bonus hari jadi, call dia terus sambil merenung langit yang dihiasi cahaya rembulan dan dipagari bintang. Rasa bahagia sangat-sangat. Mungkin tu pertama kali sambut tahun baru macam tu dan dan dan……. hehe. Dia lah ONE & ONLY. <3 -the end-

A proposal ;) (Wallcoo.net)

~Everything happens for a reason. Alhamdulillah, Ya Allah!~ 

-2012-
 p/s : i love u :)

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Soft and Delicate, with Thorns
meet the big beauty boss

I am Rosa (not my real name) and this is my secret blog.

In this beautiful space is all about my love journey with my loved ones. People will forget but memories, stays forever in our mind, close to our heart.

I'm just a little girl who loves to dream something big and beautiful.

And love is, sincerity.
I love my husband very much.

Lillahi Ta'ala.
Sweet Memories
The moment always created for us to be grateful for the rest of our lives.

Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend
Credits
Facebook nurul ain
Twitter nurul ain
Tumblr nurul ain
Blogskin nurul ain
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by nurul ain
Icons from reviviscent
Resources: sea shells
Puzzles of 2012 .
February 04, 2013 ★ 1:20 AM │ (0) angels