Atasi Rasa Kesunyian
July 27, 2013 ♥ 5:36 PM │
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)
Alhamdulillah, dah masuk hari ke-18 kita berpuasa. Selamat berhujung minggu kepada semua, termasuk diri sendiri yang keseorangan di rumah kedua ni. Eh? Berani betul? Tak sunyi? Tak lah. Dah biasa. Hahahaha... Sendiri tanya sendiri jawab.
Sebenarnya, dari dulu lagi selalu tinggal sorang-sorang, since sekolah menengah MRSM, semua housemates balik hujung minggu, tinggal je la sorang-sorang kat bilik tu. Jiran sebelah kan ada. So tak risau la. Masa kat matrik Labuan dulu pun pernah jugak. Masa tu tengah cuti seminggu Hari Raya Aidilfitri, semua balik. Kecuali saya dan beberapa rakan yang lain. Tu lagi la sunyi kot. Hoho. Sekarang? Kat rumah sewa ni... Lagi la bahaya, kan. Tapi atas beberapa sebab, saya amik keputusan tak balik ke rumah keluarga. Sunyi ke tak, tawakal..
Ada beberapa kaedah untuk mengatasi rasa kesunyian. Antaranya:
- Sentiasa berjaga-jaga. Kunci pintu setiap masa, untuk keselamatan diri. Tak kesahla rumah besar ke tak. Jaga keselamatan diri. Dah siap kunci semua, baru diri rasa tenang sikit kan?
- Biarkan cahaya matahari masuk. Bukak la sikit tingkap tu. Dah la sunyi, biar pulak rumah gelap. Biarkan udara segar masuk, wujudkan sistem pengudaraan yang sihat.
- Tutup tingkap sebelum fajar menyinsing. Pasang lampu awal-awal.
- Pasang lagu kegemaran. Bolehla menyanyi atau menari sekali. Haha!
- Kemaskan rumah. Kalau rumah dah kemas dan bersih, hati lebih tenang, mata pun sedap memandang. Take it as a reward for yourself. Jangan malas-malas la.
- Luangkan masa dengan hobi masing-masing. Baca buku ke, mengait ke, tengok tv/movie, baking , cooking atau melayari internet.
- Main dengan haiwan kesayangan. Kalau ada pet sendiri, luangkan masa dengan dia. Perhatikan gelagat comel tu.
- Ingat target and be positive! Kenapa tak balik? Kena capai target tu. Contohnya kalau tak balik disebabkan Isnin ada exam, so study la. Do not make it worthless.
- Hubungi orang tersayang. Call la family or sesiapa yang dapat menghiburkan hati.
- Plan your future. Daripada mengelamun, plan la something. Macam sekarang tengah dalam dilema, nak sambung study ke kerja? Kalau tak pun, plan awal untuk masa 5 tahun atau 10 tahun yang akan datang. Tak salah bersedia kan? Hihihi...
Harap-harap saya dapat membantu sesiapa yang tengah rasa kesunyian sorang-sorang kat rumah tu. Sebenarnya semua ni basic kalau tinggal kat rumah, kan. Amalan seharian. Tak perlu tunggu rasa sunyi baru nak kemas rumah dan sebagainya. Yang penting
keselamatan tu kena jaga.
Dan yang paling penting, kalau kita tengah sunyi, kecewa atau sedih, ingatlah, ada lagi insan lain kat dunia ni yang lebih sunyi dan merasai kehilangan berbanding kita. Kita patut bersyukur. Sentiasa belajar untuk berdikari. Lambat atau cepat, suatu hari nanti kita akan berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kita kena kuat. Lumrah hidup, yang datang pasti akan pergi...
Ok lah. Setakat ni saja mesej kali ni. Saya nak share satu lagu untuk semua.
You're not alone by
Shayne Ward. Enjoy! Jangan lupa click button pause kat player bawah tu.
Have a nice day and
always take a good care of yourself. :)
Labels: atasi rasa kesunyian, berdikari, ceria walaupun sendiri, masalah kesunyian, positif, sendiri, sunyi
OLDER POST | NEWER POST