Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434H :)
July 09, 2013 ♥ 10:28 PM │
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, :)
Alhamdulillah, selesai solat sunat tarawih bersama sahabat tercinta. Maka, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa pada bulan mulia Ramadhan kepada semua sahabat muslim di seluruh dunia. Semoga mendapat barakah serta beribu ganjaran daripada Allah SWT. InsyAllah. :)
Sucikan hati dengan kemaafan serta keinsafan, sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih juga Penyayang. Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta makna kepada kita semua. Dan semoga berkesempatan menemui malam yang di umpamakan seribu bulan, iaitu Malam Lailatul Qadar. Aamin... :)
Jangan lupa niat puasa!
Sekian, wassalam. :)
Labels: barakah, keinsafan, kemaafan, Lailatul Qadar, muslim, puasa, Ramadhan, tarawih
OLDER POST | NEWER POST