Pemergianmu ....
November 23, 2013 ♥ 3:46 PM │
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Ingat lagi pada ketika itu. Dengan hati yang gembira, diri ku bersama ibu tersayang pergi ke pasar kegemaran kami berdua, iaitu Pasar Minggu Satok. Seperti biasa, ibu akan pergi ke arah bunga dan aku? Melihat mereka. Aku sangat teruja.
Comelnya! Aku nak semua!
Sedang aku keliru, tiba-tiba salah satu daripadanya lari dari kawasan yang sepatutnya.
"Apek! Dia lari sana!"
"Haiyaaa..mana lu mau pergi?..."
"Apek, bagi dia sama saya sajalah. Ok?"
"Ok. Makanan dia sekali ho?"
"Ya!"
Semenjak hari itu, dia lah teman yang sentiasa menceriakan hidupku. Kenapa aku memilih dia daripada semua yang ada? Sebab ketika dia melarikan diri, aku merasakan dia lah yang terpilih untuk ku, seperti sengaja mencuri perhatian ku untuk menjaganya, menyayanginya.....selamanya.
~23 November 2011
Setiap pagi, perkara pertama yang aku jenguk dahulu adalah dia. Dengan cerianya, dia lekas bangun dan berdiri memberi reaksi terhadap diri ku. Aku suka melihat dia makan dan minum dengan botol yang comel itu. Kadang-kadang aku berikan sayur yang segar dan rumput kering Alfalfa Hay yang berkhasiat dan sangat wangi....kegemaran mereka seluruh di dunia.
Dan juga buah kurma, buah kegemaran dia. Dari kecik lagi, aku beri dia makan buah kurma. Masa sahur, satu untuk aku dan satu untuk dia. Begitu juga ketika berbuka puasa. Kadang-kadang aku ambik satu biji, kami kongsi makan bersama. Gigi comel itu. Hihihihi...
Setiap petang aku akan biarkan dia bermain dalam sekitar rumah atas faktor keselamatan. Melompat ke sana ke mari. Ku tahu itu yang dia mahu. Aktif dan cergas sepanjang masa. Hari berganti hari, dia semakin membesar. Semakin manja.
Seringkali aku sedih, dia lah tempat aku meluahkan segala perasaan. Biarpun dia tidak mengerti, walaupun aku tidak melafazkan dengan kata-kata sekalipun tapi aku tahu dia juga dapat merasakannya. Apa yang akan ku buat adalah dengan mengusap, membelai lembut kepalanya. Dengan tenang, dia menikmati belaian itu.
Aku merasakan ada keserasian antara kami apabila setiap kali aku menghulurkan tangan ku ke arahnya, dia akan menunduk kepalanya untuk aku belai dan usap manja. Ya. Dia sebegitu manja. Bukan itu saja. Setiap kali aku balik ke rumah, aku akan terus menjenguknya sambil memanggil nama panggilannya. Dengan pantas dia bangun, dia sangat mengenali suara ku. Aku terharu.
Dan seperti biasa, pada setiap petang aku akan membiarkannya bermain tapi kali ini di luar rumah. Oleh kerana sudah membesar, sangat susah bagi ku mengejarnya. Dia melompat laju dengan penuh bergaya, seolah-olah sedang menunjuk belangnya di hadapan ku. Gaya melompat sisi? Haha. Kami akan bermain kejar-mengejar sekeliling rumah sampaikan aku tak larat dah nak kejar. Lajunya!
Walaupun tanah basah yang dia pijak, walaupun kakinya kotor sekalipun, sifat yang paling aku suka padanya adalah sifat pembersih. Dari kecik sampai besar, dia sangat menjaga kebersihan dirinya. Jarang ku lihat yang sebegini. Sangat istimewa bagi ku.
Tetapi kadang-kadang, aku jarang balik ke rumah atas sebab busy di kampus. Dalam sebulan mungkin hanya sekali atau dua. Seringkali aku rindu padanya. Rindu membelainya, mencium hidungnya dan melihat gelagat comelnya. Jiwa ku terkadang meronta ingin pulang. Terkadang menangis dalam diam.
Kerana aku sangat menyayanginya...
*****
Hari berganti hari. Pada tahun akhir sebagai seorang pelajar, aku semakin busy dengan assignment, presentation dan projek. Penat dan stress. Lumrah hidup seorang pelajar yang harus aku terima.
Pada suatu hari, dengan gembiranya aku pulang ke rumah. Bagaikan sudah berbulan lamanya tidak pulang. Excited! Sebab tak lama lagi, genap setahun sudah dia bersama ku. Jadi, seperti biasa aku terus menjenguknya. Tapi kali ini dia berbeza, dia agak lemah. Aku menghulurkan tangan ku tetapi ...
"Ouuuch!"
Buat pertama kalinya, dia menggigit jari ku. Aku kecewa. Aku merajuk. Tidak melayan karenahnya dan terus masuk ke dalam bilik. Mungkin dia sudah tidak mengenali ku. Tiada lagi pandangan matanya yang manja ke arahku.
Keesokan harinya, badanku terasa berat untuk bangun awal pada pagi itu. Hujan yang turun membasahi bumi semakin membuat diriku lena dibuai mimpi. Tiba-tiba satu suara datang mengejutkan ku.
"Bangun, bangun... dia dah tiada."
Pada mulanya aku tidak percaya. Aku fikir aku tersalah dengar terhadap berita yang ibu ku sampaikan. Aku segera bangun dan berlari ke arahnya untuk memastikan semua itu tidak benar. Sampainya di situ, airmata ku terus menitis. Ku lihat badannya terbaring kaku. Memang benar, dia tiada lagi. Tiada lagi di dunia ini.
Terasa sangat sebak di dada. Ku tabahkan hati memandikan dan mengebumikannya. Aku terasa sangat kehilangan. Kehilangan sahabat dan teman sejiwa. Setiap kali aku menjejakkan kaki ke kawasan tempat tidurnya, aku akan tertoleh-toleh seperti ada dia di sana. Kadang-kadang terlafaz panggilan ku kepadanya. Dan aku juga menangis terkenangkannya.
Tiada lagi dia yang manja. Tiada lagi melihat karenahnya, tiada lagi belaian manja dan yang paling utama, tiada lagi dia penghiburku di kala suka dan duka. Sangat berat terasa kehilangannya.
Daripada Allah dia datang, kepada Allah jua dia kembali.
~16 November 2012
Setahun sudah dia pergi meninggalkan ku. Hati ku sayu, masih rindu. Tapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Ku tahu dia sedang bahagia di sana.
Pasar itu. Ku lihat banyak jenis yang sama, tapi tiada satu pun sepertinya. Kerana dia yang paling istimewa. Tiada yang lain dapat jadi pengganti tempatnya di hatiku.
Dia satu dalam berjuta.
~16 November 2013
"Sayang, biarpun kau telah pergi meninggalkan ku, aku akan tetap selalu rindu dan sayang padamu. Ku redha, ku tahu ku yakin sekarang kau sangat bahagia bersamaNya. Mungkin kau sengaja membuatkan aku merajuk pada malam itu supaya tidak sebegitu berat untuk aku lepaskan kau pergi. Tapi sungguh, aku amat terasa kehilanganmu.
"Maafkan aku jika pernah terkasar padamu atau tidak tahu tentang penyakit mu. Semua ini kerana aku masih tidak cukup mampu untuk menjaga segalanya tentang dirimu. Suatu hari nanti, In shaa Allah, akan ku tebus segalanya dengan menjaga spesis mu sebaiknya. Namun tiada satu yang akan dapat menjadi pengganti dirimu dalam hati ku. Kerana kau yang paling istimewa, sentiasa dikasihi dan dirindui selamanya."
"Selamat ulangtahun yang kedua, Bibbit, arnab kesayanganku selamanya."
~23 November 2011
...i miss you very much...
Labels: arnab kesayangan, pemergian dia, rindu, sayang
OLDER POST | NEWER POST