Photobucket
Sonnet of Love 💕
♥click on the dropdown menu to navigate through this blog

Pesta Itu .......
November 08, 2013 ♥ 7:01 PM │ (0) angels

Assalamualaikum...

Ingat lagi pertama kali kaki melangkah ke pesta itu...

Segala pameran, aktiviti, makanan, semua ada di situ. Kepala menoleh kiri dan kanan tertarik dengan semuanya. Terisi sebentar kekosongan di minda. Hilang masalah yang merantai jiwa. Aku jarang tertarik untuk pergi ke mana-mana pesta tapi pesta itu....sangat istimewa.  Sangat indah. Kenapa?

Kerana bunga ros itu....

Dan tika kedua kalinya, kaki sangat ringan sekali. 

Tiga hari berturut-turut kami bersama-sama meraikan pesta itu. Kali ini lebih meriah. Ada fun fair. Pada ketika itu, tahun 2011, buat pertama kalinya aku beranikan diri meringankan badan untuk menaiki kapal  yang hayunannya dashyat gila, bagai nak hilang lutut kaki, suara hilang bagai dan bagai segala bagai. Haa! Cukuplah sekali.

Namun di sebalik itu, aku keliru. Keliru untuk memilih antara sahabat atau sahabat. Keliru? Ya. Sahabat atau sahabat. Hati kadangkala gembira, terusik, juga terkadangnya sedih. 

Baju ku pilih, tudung ku semat rapi untuk menjadi penyokong setia dalam dua acara. Hati ku berbisik menyimpan satu rasa tetapi begitu juga mereka membisik mengatakan yang sebaliknya.

Sungguh, aku keliru.... 

Kerana itu, aku ke pesta itu. Mencari jawapan pasti terhadap kekeliruan ini. Kerana kami sering seiringan berjalan bersama. Namun isi hati antara kami tiada siapa yang tahu. Hanya membenarkan keadaan dan juga masa yang berbicara. Diam tanpa kata. Dan akhirnya, ku lepaskan semua. 

Mungkin itu bukan jalan ku....

Setahun berlalu, pesta itu kembali lagi.

Kali ini, hati ku tenang. Aku sangat tertarik sama seperti sebelumnya. Melihat wajah mereka yang gembira, segala kejutan yang indah, keluarga dan .... bunga ros itu! Senyuman terukir di bibir tengah keramaian  beribu pengunjung yang datang. Konsert malam itu, ku pergi jua. Di kala kaki melangkah mencari makanan, ku terlihat susuk tubuh seseorang membelakangi ku. Tanpa menoleh, aku terus berlalu pergi.

Wajah itu ... pernah melukai hati ku. 

Sekarang, sudah tiga tahun berlalu. Pesta itu banyak mengukir sejuta satu kenangan suka duka pahit manis  bagi diri ku. Tidak kira bersama sahabat tersayang mahupun bersama sesiapa saja di sisi ku ketika itu. 

Namun, pada kali ini.... tiada diriku di sana, walaupun minda ku mengingatinya. Walaupun sahabat ku semua berada di sana. Kaki ku berat melangkah. Emosi ku terganggu. Hati ku ..... membisu.

Aku terpaksa pentingkan perasaan ini. Untuk tidak menyalahi diri sendiri. Untuk aku terus melangkah jauh ke hadapan. Ku percaya segalanya ada hikmah. Cuma kali ini, hati ku begitu rapuh. Aku tidak kuat untuk mengatasinya. 

Dan ... walau apa pun alasannya, cuma untuk kali ini,

I can't be there. I just ..... can't.

Maafkan aku.

Labels: , , , ,

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Soft and Delicate, with Thorns
meet the big beauty boss

I am Rosa (not my real name) and this is my secret blog.

In this beautiful space is all about my love journey with my loved ones. People will forget but memories, stays forever in our mind, close to our heart.

I'm just a little girl who loves to dream something big and beautiful.

And love is, sincerity.
I love my husband very much.

Lillahi Ta'ala.
Sweet Memories
The moment always created for us to be grateful for the rest of our lives.

Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend
Credits
Facebook nurul ain
Twitter nurul ain
Tumblr nurul ain
Blogskin nurul ain
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by nurul ain
Icons from reviviscent
Resources: sea shells
Pesta Itu .......
November 08, 2013 ★ 7:01 PM │ (0) angels