Ayat-ayat cinta ku tulis
Buat diri mu nun jauh di sana
Di saat jarak dan masa menghalang
mata bertentangan mata
Aku kirimkan ayat-ayat cinta buat mu
Bukan sekadar ayat yang kosong
Bukan sekadar jari-jemari yang menari
Tetapi ayat-ayat cinta yang menyatakan
Rasa kasih dan rindu yang mendalam di dalam dada
Ayat ini bukan ayat biasa
Ayat yang mampu menyatukan
Andai terjadi pertengkaran
Ayat yang menjadi bukti
Mengapa kita perlu tetap bertahan
Dari mula hingga ke akhirnya
Ayat yang indah
Tika jarak memberi pilu di hati
Dan ayat yang menguatkan
Di saat hati kita rapuh dan hampir berputus asa
Simpanlah ayat-ayat cinta ku ini, sayang.
Buat tatapan tika hati mu rindu serta resah gelisah
Senyum dan bertenanglah
Kerana di saat engkau meneliti setiap bait kata-kata ku,
Yakinlah bahawa aku akan tetap di sini
Sentiasa tabah dan tersenyum menanti diri mu.