Termenung Ku Sendiri ....
December 17, 2013 ♥ 5:32 PM │
Tika ini
Ku berdiri di sini
termenung ku sendiri
memerhati keadaan sekeliling ku
senyum tawa tangis dan ketawa
setiap insan yang berbeza wataknya.
Suatu ketika dahulu
Apa yang telah ku lakukan
Sekarang perjalananku begitu lambat
Aku tertinggal jauh ke belakang
Sedangkan mereka sudah jauh maju di hadapan
dan aku masih merangkak mencuba sedaya upaya
memujuk diri berdiri sendiri.
Namun
aku masih tidak mampu
berdiri dengan sendiri
kerana aku belum cukup mampu
menanggung beban ku sendiri.
Seksa.
Pedih terasa.
Aku tidak mampu membantu sesiapa
sedangkan aku sendiri belum berupaya
membantu diri sendiri
sepenuhnya.
Di sini,
ku termenung jauh.
Melihat masa depan yang indah
yang telah ku susun,
in shaa Allah
dengan sempurnanya.
Aku tersenyum,
dengan penuh rasa kesyukuran.
Saat ini masih banyak yang setia mendampingi.
Bahagia menyusuri sepanjang perjalanan ku ini.
Aku yakin semua ini pasti ada hikmahnya.
Ya, aku bahagia.
Cepat atau lambat,
hari yang ku nanti pasti akan tiba.
Aku kan berdiri sendiri dengan jayanya.
Ya Allah, bimbinglah daku dalam setiap cabaran dan dugaan-Mu.
Hanya pada-Mu ku berharap.
Ameen.
***
OLDER POST | NEWER POST