Rasa Hormat
March 23, 2014 ♥ 3:00 AM │
Assalamualaikum..
Kadang-kadang terlintas di fikiran ku...
Tika berhadapan dengan mereka yang teguh pendirian,
Biarlah mereka dengan pendirian sendiri namun itu bukanlah alasan bagi mereka untuk menyuarakan segalanya mahupun segala positif negatif yang ada. Tanpa memberi peluang pada pihak yang lain untuk bersuara. Bukankah itu yang di artikan sebagai close-minded?
Tak kisah. Apa pun yang ingin disuarakan tapi kenapa dengan bahasa itu? Sangat tajam dan sakit didengar. Banyak lagi perkataan lain yang boleh digunakan tetapi kenapa perlu patah perkataan yang membara itu?
Dan lebih mengecewakan lagi seperti tiada lagi jurang usia apabila seseorang itu terlalu teguh pada pendirian sendiri serta bercakap sewenang-wenangnya. Terlalu pentingkan perasaan sendiri hinggakan terasa diri terlalu besar, sedangkan diri yang lebih muda di antara mereka.
Wise man said, what you've give, you will get back. Aku sudah terbiasa dianggap kecil di mata mereka walaupun aku yang lebih dewasa. Sudah terbiasa dengan ejekan dan tawa. Sudah. Sudahlah.
Tolong jagalah bahasa. Hormati yang lebih dewasa, sayangi yang muda. Jangan kerana mulut, badan binasa.
Aku bukanlah insan yang sempurna. Cuma insan biasa. Tetapi hanya untuk kali ini, hormatilah mereka yang lebih dewasa. Tolong sentiasa berfikir sebelum bercakap.
Jangan marah jika suatu hari nanti, orang lain pula yang akan berbuat begitu terhadapmu.
Sekian, rapuanku.
Selamat malam.
Labels: hormat
OLDER POST | NEWER POST