Aku ... Kamu ... Semoga Bahagia ...
June 14, 2014 ♥ 1:19 AM │
Assalamualaikum
Coretan ini untuk kamu. Hanya untuk kamu.
Mungkin kamu membacanya, mungkin juga tidak, tidak mengapa,
tetapi mungkin suatu hari nanti...
Aku tahu
Aku lah pengecut, aku lah tinggi egonya
Tapi luka yang ku rasa terus menusuk tajam
dan aku tetap diam sejuta kata
demi satu jalinan persahabatan antara kita..
Berdiam diri
di situlah bermula segalanya
Demi menyimpan rasa terguris di hati
Seiring bersama masalah yang menimpa
Ku kira kau memahami tetapi tidak,
tidak cukup selama ini
Dan kerana itu aku berdiam diri
untuk memujuk diri sendiri
Tapi tidak ku menyangka,
perbuatan ku seperti menghukum diri mu tanpa kata
dan tanpa meminta penjelasan daripada ku
kau anggap bisunya aku
kerana ingin mengakhiri segalanya
Sedangkan ku kira kau kan datang memujuk ku
Penjelasan ku bukan jalan penyelesaian bagi diri mu
Salah faham punca pengakhiran cerita kita
Dan kerana lemparan kata setajam pedang daripada mu,
Aku menangis sedih dan kecewa
Panasnya hatimu sekeras batu,
dikau berpaling jauh melangkah pergi
Dan bersama ego serta luka di hati,
aku kuatkan diri untuk terus berdiri
sendiri tanpamu
Namun,
setelah setengah tahun tanpa berita
kita berjumpa semula tanpa kita duga
Ku lihat kau dan dia serta kedengaran bisikan tajam itu,
sangat meruntun kalbu ku
Renungan tajam itu melemahkan ku
Seperti tidak mengenali mu aku berlalu pergi
Namun dalam hati siapa yang tahu?
Sebelum kejadian itu,
sepucuk surat lama telah ku baca
Tanda permulaan persahabatan kita
enam tahun yang lalu
Tertulis satu janji terjalin sebuah ikatan
antara kita berdua
Mungkin sekarang,
kau sudah membenci, kau sudah melupakan
Kau sudah hapuskan segala kenangan
Tapi satu hal yang kau patut tahu
Aku masih mengubati diri
untuk hilangkan segala duka lara
Agar suatu hari,
aku tenang berhadapan dengan mu
Agar aku tenang mengingatkan mu tentang satu perkara
"...jika terjadi apa-apa antara kita, tolong ingatkan aku tentang susah senang kita bersama. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhirnya..."
Maafkan aku
Aku masih lagi tidak mampu
Aku masih lagi tidak kuat
Masih lagi takut untuk dilukai
Dan kerana itu
untuk kamu ku doakan
Semoga bahagia sentiasa walau tanpa ku bersama
Dan juga tidak lupa ucapan ini buat mu,
walau tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya
Selamat Hari Jadi
OLDER POST | NEWER POST