Photobucket
Sonnet of Love 💕
♥click on the dropdown menu to navigate through this blog

Hanya Satu Pinta Ku .....
August 22, 2014 ♥ 3:15 AM │ (0) angels

Tepat pada pukul 12 tengah malam maka labuhlah tirai 21 Ogos yang tersimpan seribu makna.

Tujuh tahun yang lepas, merupakan hari yang penuh makna dan bahgia bagi diri Azura.

Dan juga pada ketika itu, satu janji telah dipinta,

"Hanya satu yang ku pinta, Azam. Tolong berjanji padaku, jika suatu hari nanti, andai dikau berubah hati, andai dikau berpaling dari ku, katakanlah saja kebenarannya biarpun luka terpaksa ku telan sengsara. Jangan sampai kau membelakangi ku."

"Kenapa kau berkata begitu, sayang?"

"Aku akan cuba memahami kerana aku tahu takkan ada lagi ruang cinta pada hati yang berpaling. Maka, jangan biarkan ku sengsara sendiri dikaburi cinta palsu mu itu. Aku akan lepaskan mu jika itu yang akan membuatmu bahagia..."

 "Aku berjanji aku tidak akan mengecewakan mu dan aku akan berusaha menjaga menjaga hati mu selamanya."

Namun setelah tiga tahun berlalu, ia berakhir tanpa alasan yang kukuh...dan Azura tetap menunggu.

"Kenapa kau dingin pada ku? Jawab lah! Apa salah ku? Akan ku perbaikinya dan kita akan bahagia seperti dulu!"

"Tiada apa-apa. Lebih baik begini. Semua ini adalah untuk kebaikan mu."

"Habis tu, kenapa kau masih meluangkan masa bersamaku? Kenapa masih ada rindu yang kau lafazkan? Bukankah masih ada harapan buat kita?"

"Tidak, kita hanya kawan. Tidak lebih dari itu."

"Ku kira kau ingin melamar ku kembali tika kau mengajak ku keluar pada hari lahir ku tetapi semua itu tidak terjadi sama sekali. Tahukah kau betapa sedihnya hati ku? Aku terlalu menaruh harapan tinggi untuk itu!"

"Maafkan aku. Aku tidak berniat untuk memberi harapan terhadapmu. Aku cuma ingin membahgiakan mu pada hari itu."

"Adakah aku tidak cukup layak untuk mu? Atau adakah kau sudah punya gadis lain selain diri ku? Siapa dia? Katakan! Aku sanggup diduakan asalkan kau terima kembali cinta ku. Aku sanggup...!"

"Tidak! Lebih baik kita berpisah! Semua ini untuk kebaikan mu!"

Semenjak hari itu, Azam dan Azura tidak lagi kerap berhubung. Hanya sekali-sekala menegur melalui facebook. Azura berpura-pura bahagia dan kuat sedangkan dia masih lagi berharap agar Azam kembali padanya. Mungkinkah Azam berubah hati tika menjelang 21 Ogos nanti untuk menyambut ulangtahun mereka? 

Tidak. Sekali lagi, harapan kosong terhadap dirinya sendiri. Azura sentiasa menatap Facebook untuk menatap setia 'dinding' Azam setiap hari bagi mengetahui setiap perkembangannya.

Diiringi air mata, pada waktu dan hari yang berbeza, di 'dinding' itu dicatat,

"Terima kasih banyak untuk semua ini, selama ini dan selamanya. Saya sangat-sangat hargai."

"Take care and good  luck in every single things you do."

"Masa itu penting bagaikan emas. Oleh itu, saya takkan bbiarkan masa saya ditemani air mata. Saya berjanji pada awak semua, terutamanya awak, Azam."

"Our memories will makes me strong enough to move forward. Don't worry, ok? I'll be strong, just for you..."

Hinggalah satu tahun berlalu, pada 24 November 2011.

"Azam, today is the day....."

"You have to move on. Be strong, ok? Past is past. Let us create a happy and meaningful memories tomorrow."

Satu kata-kata semangat daripada sahabat karibnya. Hari pun terus berlalu dan Azura semakin kuat berdiri sendiri dengan adanya teman-teman di sisi.

Azam is in a relationship with -----

Azura memandang dengan seribu rasa. Menjerit, ketawa, sedih, geram, marah semuanya ada. Rupanya Azam kembali pada kekasihnya yang lama. Nama yang pernah Azura lihat menghiasi 'inbox' telefon bimbitnya.

Lalu terkenang kembali satu pinta nya serta janji-janji yang telah dilafazkan, dengan serta-merta, Azura melepaskan Azam dan berniat untuk menyingkirkan segala perasaan yang tersisa di dalam lubuk hatinya.

"Benarlah sangkaan ku sejak dahulu lagi tika bersama telah ku lihat namanya pada telefon bimbitmu. Dari awal lagi kau cuba menghindari ku. Terima kasih untuk semua ini. Kini aku punya alasan kukuh untuk melangkah pergi dari semua kenangan itu."
"Takkan ada lagi ruang cinta bagi hati yang sudah berpaling."

Kini tiada lagi cerita antara mereka. Tiada lagi istimewa pada hari yang bertarikh 21 Ogos. Hanya tinggal luka semalam. Hari ini, Azura bahagia menemukan cinta sejatinya. Kali ini bukan dia yang meminta tapi dia yang dipinta. Agar setia bersama selamanya. Menunjukkan betapa dalamnya cinta lelaki itu terhadapnya. Semoga cinta mereka kekal bersemi selamanya hingga ke syurga.
 
***
***

Labels: , , , , , ,

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Soft and Delicate, with Thorns
meet the big beauty boss

I am Rosa (not my real name) and this is my secret blog.

In this beautiful space is all about my love journey with my loved ones. People will forget but memories, stays forever in our mind, close to our heart.

I'm just a little girl who loves to dream something big and beautiful.

And love is, sincerity.
I love my husband very much.

Lillahi Ta'ala.
Sweet Memories
The moment always created for us to be grateful for the rest of our lives.

Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend
Credits
Facebook nurul ain
Twitter nurul ain
Tumblr nurul ain
Blogskin nurul ain
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by nurul ain
Icons from reviviscent
Resources: sea shells
Hanya Satu Pinta Ku .....
August 22, 2014 ★ 3:15 AM │ (0) angels