Plus Angka Satu
December 29, 2014 ♥ 12:37 AM │
Alhamdulillah.
Labuh sudah tirai 28 Disember, menandakan tambah lagi angka satu pada usia ku. Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi memberi peluang untukku bernafas di bumi sementara ini. Masih berpeluang mengembara bermusafir mencari jalan pulang ke arah jalan yang Engkau redhai.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli keluarga serta sahabat handai yang tidak lupa tarikh keramat ini tanpa rujukan daripada laman sosial seperti facebook (setting tarikh lahir di hide kan hihihi). Juga kepada yang turut serta komen melalui instagram. Terima kasih atas doa, semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan yang berlipat ganda.
Tahun 2014, terlalu banyak kejadian yang tidak dijangka berlaku samada terhadap diri mahupun yang lain. Hari ini sekali lagi berita kehilangan pesawat dilaporkan dan dijangka gelombang ketiga bakal menghampiri pantai timur.
Ya Allah,
hanya padaMu kami memohon, meminta pertolongan.
Tunjukkanlah kepada kami panduan. Leraikanlah segala kekusutan. Redakanlah kejadian alam yang melanda. Serta kembalikanlah semuanya seperti sedia kala.
Semoga hati-hati kami terus tabah dalam menempuhi ujian dari-Mu.
Aaminnn...
OLDER POST | NEWER POST