Photobucket
Sonnet of Love 💕
♥click on the dropdown menu to navigate through this blog

Dua Puluh Empat
February 08, 2015 ♥ 2:32 AM │ (0) angels

Belek-belek gambar seorang sahabat dan aku lihat angka '24' di ruangannya.
Aku tersenyum sendiri.

Kalau dulu masa kecik-kecik, aku belek majalah remaja dan ku lihat number yang sama. 24. Dia dah besar, sudah dewasa, sudah bekerja, maka sudah cukuplah syarat untuk ke peringkat seterusnya iaitu, berumahtangga. Matang. Dah boleh pikul tanggungjawab dengan sempurna. Mungkin nanti aku juga begitu. Mungkin.

Tapi sekarang, 24, pada tahun 2015, semuanya nyata berbeza.

Masih banyak yang perlu aku pelajari, masih banyak halangan yang perlu ditempuhi sebagai syarat untuk jadi lebih dewasa. Malah, masih banyak yang perlu diperbaiki. Aku tau siapa aku dan dimana tempat aku berdiri, aku tau setiap titik kelemahan ku, aku sedar aku belum cukup matang sepenuhnya untuk ke peringkat seterusnya, belum lagi mampu menunaikan setiap tanggungjawab dengan sempurna. Sebagai anak, kakak serta hambaNya. Apatah lagi bersedia untuk menjadi seorang isteri juga menantu...

Aku terfikir, mungkin rapuh hati seorang ibu, tidak siapa pun tahu. cry emoticon

Maka, aku sentiasa ingatkan diri untuk tidak tergesa-gesa walaupun niat itu sering ada. Kerna persediaan itu belum cukup sempurna. Nakkan yang terbaik kenalah jadi yang terbaik. Dan aku tidak boleh mementingkan diri sendiri, harus beri ruang padanya jua untuk bersedia kerana dia juga punya tanggungjawab seperti aku, malah lebih besar bila tiba masanya dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga suatu hari nanti. Oleh itu aku faham, aku tenang di sini walaupun kami berjauhan. Jika dia jodoh ku, suatu hari nanti kami akan bersatu jua. Dengan harapan, moga direstui semua.

Kita semua hanya merancang, Allah yang menentukan. Jika Dia mengizinkan, tiada satu pun yang akan dapat menghalang. Dengan itu, aku sentiasa doakan semoga Allah permudahkan segala urusan.

Selamat malam :')

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Soft and Delicate, with Thorns
meet the big beauty boss

I am Rosa (not my real name) and this is my secret blog.

In this beautiful space is all about my love journey with my loved ones. People will forget but memories, stays forever in our mind, close to our heart.

I'm just a little girl who loves to dream something big and beautiful.

And love is, sincerity.
I love my husband very much.

Lillahi Ta'ala.
Sweet Memories
The moment always created for us to be grateful for the rest of our lives.

Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend
Credits
Facebook nurul ain
Twitter nurul ain
Tumblr nurul ain
Blogskin nurul ain
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by nurul ain
Icons from reviviscent
Resources: sea shells
Dua Puluh Empat
February 08, 2015 ★ 2:32 AM │ (0) angels