Ibu Pertiwi Ku
March 09, 2015 ♥ 6:53 PM │
Alhamdulillah...
Cuaca petang yang indah, angin membelai sepoi-sepoi bahasa. Burung berkicauan gembira, kehijauan alam yang menenangkan jiwa juga langit yang tampak lapang nun jauh di sana bersama hiasan awan yang berseni halus. Juga lembut.
Ahh! Gula-gula kapas!
Sungguh lapang hati ini. Sungguh bertuah di bumi yang bertuah ini. Sungguh tenang, kurang pencemaran alam di sini. Tak kisahlah orang kata kurang maju, asalkan bentuk muka bumi kami masih ada yang kukuh dan padu. Walaupun tiada bangunan pencakar langit, tidak mengapa, asalkan alam semulajadi masih terjaga. Terima kasih kepada ketua menteri kesayangan kami yang telah sedaya upaya membanteras kegiatan rasuah dalam aktiviti pembalakan. Semoga Allah merahmati hidup beliau sekeluarga. Kerna semua itu kita pinjam daripada anak cucu, generasi masa hadapan.
Biarlah dicaci dimaki dihina. Asalkan kami tetap hidup aman harmoni bersatu kaum, bangsa dan agama. Tetap mesra serta berbudi bahasa.
Dan jikalau ada yang sendeng, itu kelemahan orangnya, janganlah dijulang nama kelahiran kami untuk dihina. Setiap daripada kamu menjadi contoh pada yang belum mengenal erti dunia, maka ajarkan hal yang baik-baik, bukan yang jelek-jelek.
Syukur, lahirnya aku di sini.
Di bumi yang bertuah, bumi kenyalang... :')
OLDER POST | NEWER POST