Perfect Timing
May 21, 2015 ♥ 10:42 PM │
Alhamdulillah syukur.
Syukur dapat berita gembira awal pagi tadi. Hihihi. Last entry saya ada inform tentang Madam Lemma kan? So pagi tadi, maybe dalam pukul 7 pagi la kot, Madam Lemma selamat bersalin! Sepuloh ekor semuanya! Banyak daripada yang sebelum ni, tujuh ekor. Ingatkan weekend ni bersalin alahai.
Tapi kan...
Sekor premature baby dan sekor lagi mati, mungkin terpijak ibunya. Sebab ada kesan luka kat badan. Tengok yang premature tu, sempurna dah ada tangan kaki kepala cuma kulit ja masih ermmm tak tau nak describe macam mana. Oh kesiannya... :'(
Disebabkan sebelum ni dah berpengalaman, alhamdulillah kali ni tenang sikit tengok Madam Lemma dan anak-anaknya. Madam Lemma ni kan ibu yang baik.
Oh I'm very proud of her.
Rasa macam nak ja jadi doktor veterinar which also one of my dream ambitions masa kecik so that dapat tengok betapa indahnya kehidupan makhluk ciptaan Allah SWT disamping memelihara juga memulihkan tapi takpa macam ni pun dah bersyukur. And I always stick to this; Just follow the flow. Ya. Ada hikmah di sebalik semua ni.
Allahu'alam. :)
Dah, sambung cerita pagi tadi. Then tak lama lepas tu, kebetulan Farah dan Nadrah datang, nak hantar buku yang saya pesan. Buku special and must read! Lama dah nak beli... ada ja kat kedai buku tapi mobility punya problem. Sobs. Nasib baik ada Shafillah tolong belikan. Buku apa? Nanti saya reveal kan tentang buku special tu yerrr. Dan di kesempatan itu, Farah dan Nadrah menjenguk family Bujang dan Lemma termasuklah new born babies. Hihihi today's words of the day daripada Nadrah,
"Terharu kamek tengok kitak inang rabbit banyak."
Awww... She's so soft-hearted. Sweet like a cotton candy. But me and Farah gelak ja. Kihkihkih. Then selepas mereka meneruskan perjalanan ke kampus, saya pergi amik aquarium mama dari rumah si penjual pastu sambung rutin harian sampai la ke petang. Penat. Tapi alhamdulillah, another new wonderful memories to be remembered.
Allahumma soyyiban nafi'a.
Hujan setelah berhari-hari mentari keringkan bumi. Alhamdulillah. :'D
OLDER POST | NEWER POST