Seekor Kucing Siam
May 13, 2015 ♥ 12:11 AM │
Aku seekor kucing siam.
Berbulu putih gebu, bermata biru. Adalah menjadi impian bagi setiap penggemar kucing untuk memiliki ku. Dan aku telah melalui tiga perjalanan yang berbeza cerita.
Pada mulanya aku disanjung tinggi oleh seorang pemuda dan aku juga menyukainya. Namun semua itu hanya sementara, tuan ku rupanya juga memiliki kucing yang lebih cantik dari ku dan aku kemudiannya dibiarkan tersisih, disia-siakan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk lari, pergi membawa diri.
Dalam kesunyian meniti perjalanan, tiba-tiba aku diambil oleh seorang pemuda kacak lagi mesra terhadap ku. Aku terasa sangat terpelihara juga dekat di sisinya. Aku bangga bersamanya. Namun semua itu hanya illusi semata. Dia tidak menerima ku seadanya. Dia hanya ingin mengubah diri ku semata. Aku tidak tahu harus bagaimana, bertuankan seseorang yang hanya memandangku sebagai patung hiasan kebanggaannya.
Dan sekali lagi, aku melarikan diri.
Penat kaki ini melangkah. Mencari arah tuju serta tempat perlindungan. Aku tau aku harus berehat sebentar hingga tiba masanya. Aku tertidur di sebuah pondok usang yang lapang.
Tiba-tiba terasa lembut kepalaku diusap sayu. Rupanya seorang budak comel yang juga manis senyumannya, menyatakan hasrat pada ibunya untuk membawa ku pulang. Semenjak itu aku dilayan dengan penuh kasih sayang.
Walaubagaimanapun, aku sentiasa berhati-hati dan tetapkan hati agar tidak terlalu menyanjungi nya supaya aku tidak merasakan sakit andai aku disia-siakan lagi. Namun setiap hari bersamanya, aku sangat bahagia kerana terasa dihargai oleh tuan sendiri. Hinggakan aku mula menyayangi tuanku sepenuh hati.
Tetapi aku lupa.
Biarpun tiga tahun lamanya,
aku lupa dia kian membesar mengenali dunia.
Kian melupakan ku,
si kucing siam yang kian berusia.
-Coretan Kertas Hijau, 2007-2010.
OLDER POST | NEWER POST