Selipar yang Hilang
May 15, 2015 ♥ 1:20 PM │
Allahumma soyyiban nafi'a.
Alhamdulillah, Ya Allah. Akhirnya hujan membasahi lantai bumi yang kian kering kehausan. Dan aku di sini bahgia menikmati pelukan kedamaian daripada sang burung merak pink - selimut ku.
Jumaat penuh barakah. Para Adam berpusu-pusu bertandang ke masjid berwangi-wangian, berpakaian kemas, untuk menunaikan ibadah.
Tidak ketinggalan, mereka yang berniat sebaliknya.
Oh selipar ku!
Tetiba teringat pada selipar flipper kesayangan ku yang kian pudar warna hitam juga biru pada tepinya. Hilang tika ku bawa ke masjid dahulu. Siapa sangka, selipar yang pudar warna nya juga berharga bagi mereka?
Aku berjalan pulang dengan hati walang.
Selipar itu aku beli dengan hasil titik peluh sendiri. Menjadi kegemaran hinggakan Daneesh berusia empat tahun itu juga gemar menyarungkan kaki ke atasnya. Jelas menunjukkan keselesaan juga kecilnya saiz tapak kaki ini. Namun aku redha, mungkin sampai saat itu sahaja khidmatnya terhadap ku.
Maka di kesempatan ini, turunnya hujan rahmat ini, mari kita doakan bagi sesiapa yang berniat ingin mencuri tika insan lain tengah beribadah mahupun bahagia menjalani serta mensyukuri rezeki kehidupan masing-masing, semoga diberi hidayah dibukakan mata sebelum berani meneruskan rancangannya.
Dan bagi mereka yang pernah dicuri hartanya semoga dibukakan hati untuk redha serta memaafkan, kerana apa yang ada di dunia bukanlah milik kita sepenuhnya. Doakan yang baik-baik agar gejala ini segera diberi petunjuk sebelum terlambat.
Oh selipar ku, semoga pemilik baru juga penyayang seperti ku. :')
OLDER POST | NEWER POST