Photobucket
Sonnet of Love 💕
♥click on the dropdown menu to navigate through this blog

Pilihan, Suatu Ketika Dahulu .
October 28, 2014 ♥ 12:45 AM │ (0) angels

Ada masanya kita perlu toleh dan renung kembali ke belakang.

Bukan untuk bersedih, bukan untuk meratap tetapi untuk bermuhasabah diri. Tika kau gembira dahulu, tika kau berdiri megah dahulu, pernahkah kau terfikir adakah pilihan yang buat pada masa itu adalah yang terbaik untuk masa sekarang?

Jawapannya adalah; apa yang sedang kau rasa sekarang.

Jika masih bersedih, renung kembali apa yang telah kau lakukan dahulu. Bukan untuk menyalahkan sesiapa mahupun diri sendiri tetapi untuk mencari serta memahami setiap hikmah di sebalik setiap kejadian termasuklah pilihan yang telah kau jalani.

Mungkin pada suatu ketika dahulu, kau tak pernah sedar dalam kau bahagia, mereka yang menderita. Aku pernah terbaca, jika itu pilihan mu untuk bahagia, maka teruskanlah, usah peduli yang lain. Dan tanpa kau sedari, antara salah satu pilihan yang kau pilih, ada yang terluka. Kau takkan sedar. 

Hinggalah sampai suatu saat, bila kau rasa dunia tidak lagi berpihak pada mu lagi.

Pada masa itulah kau akan kembali menoleh ke belakang, memikirkan sewarasnya tentang pilihan yang pernah kau pilih. 

Mungkin itu yang terbaik untuk bagimu pada suatu ketika dahulu TETAPI adalah lebih baik memilih jalan yang lain daripada harus kehilangan orang yang kau sayang.

Saat itu barulah  kau tersedar dan menyesal. Sudah terlambat untuk berpatah balik dan merubah segalanya. Namun kau masih belum terlambat untuk belajar dari kesilapan. Dan belum terlambat untuk kau memohon maaf kepada mereka jika masih berpeluang. 

Jangan terlalu meratapi tetapi renunglah sedalam-dalamnya hikmah yang kau dapati. Kerana suatu saat nanti kau akan tersenyum sendiri dan bersyukur pada Illahi untuk semua ini. 

Dan bagi yang masih tidak berpuas hati, yakinlah. Lambat atau cepat, mereka juga pasti akan tersedar dari kesilapan diri sendiri pada suatu hari nanti. Hidup ini perlu diteruskan kerana ia terlalu singkat untuk disia-siakan.

"Alhamdulillah Ya Allah, hari ini aku bahagia kerana telah ku jumpa hikmah dalam derita melepaskan mereka yang menyakiti untuk berlalu pergi serta menghadirkan mereka yang sentiasa setia di sisi."

Labels:

Photobucket Pilihan
July 13, 2014 ♥ 8:55 PM │ (0) angels

Kita punya pilihan
Walau tengah gembira, sedih, marah mahupun kecewa
Walau dalam keadaan terdesak tersekat terperap sekalipun, pilihan itu akan tetap ada
 
Bila kau rasa tiada jalan penghujungnya, kau salah! 
Kerana pilihan sentiasa terletak di tangan kita
Dan Allah sentiasa ada bersama

Samada menangis atau tertawa
Samada marah atau tetap bersabar
Samada berpaling atau tetap setia
Samada berhenti atau terus berjalan
Samada muram atau tetap tersenyum
Samada terus menipu atau berterus-terang
Samada membalas dendam atau memaafkan
Samada risau berpanjangan atau hiraukan halangan
Samada pentingkan diri sendiri atau membahagiakan orang lain
Samada menari mengikut rentak dunia atau menikmati rentak diri sendiri

Ya, kita sentiasa punya pilihan tetapi, di antara semua pilihan
Ada satu pilihan utama sebelum kita membuat pilihan yang selainnya
Iaitu pilih satu jalan;

KEBAIKAN atau KEBURUKAN
 
Dan bila mana kau rasakan keliru
Rujuklah kembali pada Allah Yang Satu
InshaaAllah, melalui istikharah jawapan bertamu ...

Ruang Ketenangan Ku,
15 Ramadhan 1435H.

Labels: , , ,

Photobucket
OLDER POST |
Soft and Delicate, with Thorns
meet the big beauty boss

I am Rosa (not my real name) and this is my secret blog.

In this beautiful space is all about my love journey with my loved ones. People will forget but memories, stays forever in our mind, close to our heart.

I'm just a little girl who loves to dream something big and beautiful.

And love is, sincerity.
I love my husband very much.

Lillahi Ta'ala.
Sweet Memories
The moment always created for us to be grateful for the rest of our lives.

Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend
Credits
Facebook nurul ain
Twitter nurul ain
Tumblr nurul ain
Blogskin nurul ain
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by nurul ain
Icons from reviviscent
Resources: sea shells
Pilihan, Suatu Ketika Dahulu .
October 28, 2014 ★ 12:45 AM │ (0) angels
Ada masanya kita perlu toleh dan renung kembali ke belakang.

Bukan untuk bersedih, bukan untuk meratap tetapi untuk bermuhasabah diri. Tika kau gembira dahulu, tika kau berdiri megah dahulu, pernahkah kau terfikir adakah pilihan yang buat pada masa itu adalah yang terbaik untuk masa sekarang?

Jawapannya adalah; apa yang sedang kau rasa sekarang.

Jika masih bersedih, renung kembali apa yang telah kau lakukan dahulu. Bukan untuk menyalahkan sesiapa mahupun diri sendiri tetapi untuk mencari serta memahami setiap hikmah di sebalik setiap kejadian termasuklah pilihan yang telah kau jalani.

Mungkin pada suatu ketika dahulu, kau tak pernah sedar dalam kau bahagia, mereka yang menderita. Aku pernah terbaca, jika itu pilihan mu untuk bahagia, maka teruskanlah, usah peduli yang lain. Dan tanpa kau sedari, antara salah satu pilihan yang kau pilih, ada yang terluka. Kau takkan sedar. 

Hinggalah sampai suatu saat, bila kau rasa dunia tidak lagi berpihak pada mu lagi.

Pada masa itulah kau akan kembali menoleh ke belakang, memikirkan sewarasnya tentang pilihan yang pernah kau pilih. 

Mungkin itu yang terbaik untuk bagimu pada suatu ketika dahulu TETAPI adalah lebih baik memilih jalan yang lain daripada harus kehilangan orang yang kau sayang.

Saat itu barulah  kau tersedar dan menyesal. Sudah terlambat untuk berpatah balik dan merubah segalanya. Namun kau masih belum terlambat untuk belajar dari kesilapan. Dan belum terlambat untuk kau memohon maaf kepada mereka jika masih berpeluang. 

Jangan terlalu meratapi tetapi renunglah sedalam-dalamnya hikmah yang kau dapati. Kerana suatu saat nanti kau akan tersenyum sendiri dan bersyukur pada Illahi untuk semua ini. 

Dan bagi yang masih tidak berpuas hati, yakinlah. Lambat atau cepat, mereka juga pasti akan tersedar dari kesilapan diri sendiri pada suatu hari nanti. Hidup ini perlu diteruskan kerana ia terlalu singkat untuk disia-siakan.

"Alhamdulillah Ya Allah, hari ini aku bahagia kerana telah ku jumpa hikmah dalam derita melepaskan mereka yang menyakiti untuk berlalu pergi serta menghadirkan mereka yang sentiasa setia di sisi."

Labels:

Photobucket Pilihan
July 13, 2014 ★ 8:55 PM │ (0) angels