♥ Crush ♥
July 23, 2013 ♥ 4:50 PM │
Sunyi sorang-sorang kat rumah.
Tiba-tiba teringat zaman-zaman dulu kala.
Dulu aku tersangatlah lurus. Entah sekarang, masih kot?
Dimana minda sangatlah suci,
bagaikan semua insan di dunia ini tersangatlah baik dan jujur.
Itulah anggapan ku. Anggapan mu? Bagaimana?
Al-kisah.....
Aku, dia. C R U S H .
Dan beberapa situasi pada masa/zaman yang berbeza.
♥ Gaduh. Benci. Kena gosip, kena kacau kawan-kawan. Malu-malu.Tersipu-sipu.
♥ Pemerhatian. Jarang berbicara tetapi sering bertentang mata. Dia tersenyum. Hati berdebar.
♥ Kawan kepada teman rapat. Singgah kelas teman rapat. Sering lepak bersama.
♥ Tempat luahan rasa. Selesa berbicara. Tenang jiwa.
♥ Kem/kursus/aktiviti sekolah. Merapatkan silaturahim. Yang tak rapat jadi lebih rapat.
♥ Gurau senda. Menjengkelkan tapi terhibur. Ceria.
♥ Kenalan teman atau siblings. Add friend. Saling bertukar number.
♥ Suka pandang pertama.
♥ Unintended.
At first, perasaan ni selalu berbunga-bunga.
Suka la kan, ada orang suka. Hehehe. Perasan!
Ada yang approach, mungkin bagi mereka cinta, bagi aku tak. Aku reject.
Ada juga yang aku suka, tapi situasi kami tidak mengizinkan.
Ada juga suka senyap-senyap! Tetiba datang surat cinta.
Ada yang terus datang melamar, terlopong aku dibuatnya.
Dan ada yang aku suka tapi si dia cepat beralih arah.
Finally yang paling cliche crush masa zaman dulu-dulu,
Ketika hati terpaut pada abang senior, hehehe.
Kami tak pernah bercakap pun. Kenal aku pun tak.
Just main intai. Hahaha. Masa tu aku pernah berkata, aku akan tunggu.
Dialah yang terbaik. Tak nak yang lain.
Sangat suci pemikiran ku. Erti kata lain, sungguh kolot.
Sekarang apa jadi? Still nothing. Haha.
Kenapa lah yakin sangat bercakap masa tu?
Aduhai...
Dalam dunia crush ni, kita pasti akan keliru dengan istilah suka atau cinta.
Jika diperhatikan, terlalu cepat hati itu mempercayai kata-kata orang.
Terlalu cepat simpati, terlalu yakin dan terlalu ingin menyinta dan dicintai.
Oleh itu,
Janganlah terlalu mencari cinta,
Cinta akan datang sendiri bila sampai waktunya.
Just be yourself.
Sepanjang hidup ini,
Aku terlalu banyak mengejar cinta,
Tetapi cinta hanya datang menyapa sekali sahaja.
Datang sendiri tanpa diduga.
Alhamdulillah, kini aku bahagia bersamanya.
Spread your love and have a nice day. :)
♥ ♥ ♥
Labels: cinta, cinta monyet, cinta zaman sekolah, cliche, crush, malu, pandang pertama, suka, unintended
OLDER POST | NEWER POST