Return Back???
April 01, 2014 ♥ 1:21 PM │
Assalamualaikum pembaca setia :)
Today nak cakap tentang cinta suatu masa dulu. Bukan nak mengungkit tetapi nak share and just giving out my opinion toward this one term called,
RETURN BACK
Setiap orang mendambakan cinta sejati. Siapa la tak nak kan? Terutamanya bila dah berjanji sumpah setia ingin hidup bersama. Duhhh...manis!
Tapi bila dah gaduh, entah ke mana la hilangnya sumpah setia tu kan? Dan masa ni lah tak fikir panjang dan buat keputusan untuk menjauh atau lebih tepat lagi, berpisah. Atau nak cool lagi, break-up. Haha. Ayat zaman sekarang.
Kebanyakan gadis yang minta diputuskan tapi sebenarnya mereka tak benar-benar maksudkannya. Kadang-kadang mereka saja nak tengok effort si lelaki, di mana sumpah janji tapi ternyata mereka salah. Lelaki tetap lelaki. Ego dan sangat tetap pendirian. Kalau nak putus, putuslah. No kompromi. Melainkan dia benar-benar sayang dan tak nak lepaskan gadis itu.
Dan seorang perempuan tetap seorang perempuan. Punya satu akal, sembilan nafsu. Kadang emosi tak tentu, pendirian kadang tak tetap, manja, banyak perkara yang diluahkan tika marah tapi mereka tak maksudkannya. Hanya lelaki sejati saja memahami dan mampu mengawalnya. Jadi setiap apa yang dilafazkan ketika marah tak semestinya betul.
Contoh cliche,
"Pergi! Biarkan aku sendiri!"
*dalam hati nak je si bf stay dan temankan dia. Haha*
Ok! Balik kepada ceritaku sendiri, dulu tiga tahun bercinta. Lama..janji,impian semua ada sampailah di penghujung hubungan di mana si lelaki dah tak nak mesej, busy, good morning, good night mesej pun tak lagi, gaduh dan mesej persoalan semua tak berjawab.
Pagi tu seawal 4 pagi mungkin. Tak ingat. Sambil study Biodiversity, ku lihat dia online. Maka panjanglah bicara penuh air mata. Dia beralasan mahukan hidup single kerana sudah terbiasa tika kami pernah putus dahulu sewaktu aku masih study di Labuan. Salah aku..
Akhirnya aku yang putuskan untuk menjadi kawan. Ya, aku. Tetapi dengan harapan, mula hidup baru, beri ruang memahami isi hati masing-masing, rasa rindu dan cinta yang mungkin akan berkembang seperti mulanya. Mungkin dia akan kembali jika terdetik rasa rindu. Dan bagi ku itu adalah peluang kedua untuk memperbaiki diri dan memahaminya. Mungkin, salah ku jua.
Ingat lagi tika di Labuan. Pagi itu rakan ku menunjukkan sesuatu. Ku lihat gambar dia bersama yang lain, berdua. Emosi dan stress sepanjang hari. Menangis apatah lagi. Tanpa usul periksa, akhirnya aku minta perpisahan. Ku minta ruang bersendiri. Ku harapkan dia memujuk tapi tidak. Diam seribu bahasa. Aku pula yang kecewa dan inginkan dia kembali. Aku pula memujuk dan berjanji habisnya pengajian ku di Labuan, kami akan bersama semula. Dan ku tunaikan janji itu dengan bahagia. Itulah return-back yang pertama.
Kembali pada pengakhiran tadi. Lelaki tetap lelaki. Selepas putus, aku tunggu, aku siram semula cinta tapi ia tetap layu. Kami berhubung, kami keluar bersama, ku harapkan ayat 'kembali' atau 'return back' daripada nya tapi tiada.
Lemahnya aku masa itu, air mata teman setia ku. Tapi depannya aku bahagia seperti masih ada cinta bersama. Namun hati siapa yang tahan. Hinggakan aku bertanya sampai bila harus begini? Seperti tergantung pada tali yang kurang pasti.
Aku mula menjadi stalker sejati. Aku hidu dia punya gadis lain. Aku tanya kembali tentang harapan hubungan ini. Dia tetap kata tidak. Bahkan aku juga sanggup merayu, sanggup diduakan. Namun dia tetap kata tidak! Kesiannya aku...hinggalah aku tahu, hampir setahun setelah berpisah, dia kembali pada kekasih lamanya dulu. Ex yang sering dia hubungi tika masih bersamaku.
Entah kenapa pada ketika itu baru senang aku melepaskannya. Mungkin kerana baru menyedari semua itu terjadi sejak awal lagi, dia yang mulakan semuanya, lupakan segala janji dan membiarkan kekasih lama kembali lagi menghiasi hari-harinya di saat aku jauh.
Tika hati memujuk untuk melangkah ke hadapan, aku berfikir semula. Salahku sentiasa mengharap terlalu tinggi. Salahku tidak pernah bertanya apa salahku padanya. Salahku keras kepala selalu rasa diri sendiri yang betul. Dan salah ku jua pada awalnya mendesak serta meminta perpisahan tanpa memberi peluang untuk menjelaskan keadaan. Kerana orang pernah berkata, cinta pada awalnya tidak akan pernah sama dengan cinta setelah berpisah dan kembali semula.
Untuk itu, aku meminta maaf padanya. Memang, rasanya tidak akan pernah sama. Tapi aku bersyukur Allah datangkan insan yang benar-benar ikhlas dan setia mencintaiku di saat dia meninggalkanku. Aku cuba hapuskan dendam, maafkan dia dan berterima kasih kerana pernah membahgiakanku dahulu serta telah memberi peluang kepada insan lain itu untuk menyayangi serta menjagaku sekarang.
Kini aku bahagia dan tenang bersama si dia. Demi menjaga hubungan kini, aku pupuk diri untuk jadi lebih bersabar. Tak akan sesekali aku luahkan perkataan putus atau break-up lagi melainkan benar-benar tiada cinta antara kami. Kerana aku sangat sayang padanya. Dan kami sama-sama inginkan perasaan ini kian bertambah dari hari ke hari, hingga ke syurga Allah yang abadi.
In shaa Allah, amin Ya Rabb. Peliharalah hubungan kami ini selamanya.
So girls, buang istilah 'break-up' jika hati masih cinta melainkan memang tiada lagi jalan untuk cerita cinta. Dan jangan berharap pada 'return back' melainkan lelaki itu benar-benar berhak diberi peluang kedua.
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah. Jika kamu beriman padaNya, yakinlah
pada segala ketentuan. Maka, kamu tidak akan pernah merasa takut akan
kehilangan. Dan juga sesungguhnya, Allah itu adalah sebenar-benar pemilik cinta. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali.
Labels: break-up, cinta, jodoh, rahsia Allah, return back
♥ Crush ♥
July 23, 2013 ♥ 4:50 PM │
Sunyi sorang-sorang kat rumah.
Tiba-tiba teringat zaman-zaman dulu kala.
Dulu aku tersangatlah lurus. Entah sekarang, masih kot?
Dimana minda sangatlah suci,
bagaikan semua insan di dunia ini tersangatlah baik dan jujur.
Itulah anggapan ku. Anggapan mu? Bagaimana?
Al-kisah.....
Aku, dia. C R U S H .
Dan beberapa situasi pada masa/zaman yang berbeza.
♥ Gaduh. Benci. Kena gosip, kena kacau kawan-kawan. Malu-malu.Tersipu-sipu.
♥ Pemerhatian. Jarang berbicara tetapi sering bertentang mata. Dia tersenyum. Hati berdebar.
♥ Kawan kepada teman rapat. Singgah kelas teman rapat. Sering lepak bersama.
♥ Tempat luahan rasa. Selesa berbicara. Tenang jiwa.
♥ Kem/kursus/aktiviti sekolah. Merapatkan silaturahim. Yang tak rapat jadi lebih rapat.
♥ Gurau senda. Menjengkelkan tapi terhibur. Ceria.
♥ Kenalan teman atau siblings. Add friend. Saling bertukar number.
♥ Suka pandang pertama.
♥ Unintended.
At first, perasaan ni selalu berbunga-bunga.
Suka la kan, ada orang suka. Hehehe. Perasan!
Ada yang approach, mungkin bagi mereka cinta, bagi aku tak. Aku reject.
Ada juga yang aku suka, tapi situasi kami tidak mengizinkan.
Ada juga suka senyap-senyap! Tetiba datang surat cinta.
Ada yang terus datang melamar, terlopong aku dibuatnya.
Dan ada yang aku suka tapi si dia cepat beralih arah.
Finally yang paling cliche crush masa zaman dulu-dulu,
Ketika hati terpaut pada abang senior, hehehe.
Kami tak pernah bercakap pun. Kenal aku pun tak.
Just main intai. Hahaha. Masa tu aku pernah berkata, aku akan tunggu.
Dialah yang terbaik. Tak nak yang lain.
Sangat suci pemikiran ku. Erti kata lain, sungguh kolot.
Sekarang apa jadi? Still nothing. Haha.
Kenapa lah yakin sangat bercakap masa tu?
Aduhai...
Dalam dunia crush ni, kita pasti akan keliru dengan istilah suka atau cinta.
Jika diperhatikan, terlalu cepat hati itu mempercayai kata-kata orang.
Terlalu cepat simpati, terlalu yakin dan terlalu ingin menyinta dan dicintai.
Oleh itu,
Janganlah terlalu mencari cinta,
Cinta akan datang sendiri bila sampai waktunya.
Just be yourself.
Sepanjang hidup ini,
Aku terlalu banyak mengejar cinta,
Tetapi cinta hanya datang menyapa sekali sahaja.
Datang sendiri tanpa diduga.
Alhamdulillah, kini aku bahagia bersamanya.
Spread your love and have a nice day. :)
♥ ♥ ♥
Labels: cinta, cinta monyet, cinta zaman sekolah, cliche, crush, malu, pandang pertama, suka, unintended
OLDER POST |